- Home
- Berita Terkini
- Bina negara bangsa tersohor
Bina negara bangsa tersohor

Berita KOSMO - 4 Februari 2013
|
Bina negara bangsa tersohor Oleh ZULKIFLI MANZOR PETALING JAYA – Program My Beautiful Malaysia yang berlangsung secara serentak di 390 lokasi berasingan semalam mencatat kejayaan gemilang apabila menerima penyertaan 1.1 juta sukarelawan. Lebih menarik, program anjuran 1Malaysia For Youth (1M4U) yang bertujuan memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan rakyat terutama belia telah diiktiraf program sukarelawan terbesar oleh Malaysia Book Of Records. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, golongan belia serta aktiviti sukarelawan memainkan peranan penting dalam usaha kerajaan membina sebuah negara bangsa yang tersohor di dunia. “Alhamdulillah kerana orang muda Malaysia ada rasa kebertanggungjawaban yang tinggi bahawa mereka tidak mahu terpinggir daripada memainkan peranan. “Jika tenaga orang muda dapat dihalakan secara konstruktif dan positif, tentu sekali Malaysia akan membangun dengan lebih hebat dan berjaya lagi,” katanya ketika merasmikan program berkenaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan di sini. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |