kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Program MY BEAUTIFUL MALAYSIA Di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

 

Berita KBS - 4 Februari 2013

PROGRAM MY BEAUTIFUL MALAYSIA DI PANTAI BATU BURUK, KUALA TERENGGANU


Disediakan oleh  :Mohd Saiful Nizam Bin Mohd Zahri & Mohd Nor Azam bin Kamarudin

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia

3 FEBRUARI 2013, KUALA TERENGGANU : Program My Beautiful Malaysia yang bertempat di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu bermula seawal  8.45 pagi yang dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB. Dato' Seri Ahmad bin Said. Turut Hadir bersama pada program ini adalah YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

 

Program My Beautiful Malaysia di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu diteruskan lagi dengan senamrobik 1Malaysia yang dikendalikan oleh instruktor-instruktor kecergasan yang bertauliah.

 

Upacara menanam pokok telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu diikuti dengan acara menanam pokok oleh YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Upacara  ini merupakan  simbolik sebagai bermulanya Program My Beautiful Malaysia bagi Kuala Terengganu.

 

Majlis Perasmian My Beautiful Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia,  YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di SMK Sri Medan, Selangor telah disaksikan secara langsung melalui layar putih yang disediakan oleh pihak penganjur di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.

 

Sejurus selepas iti, program diteruskan dengan gotong royong di sekitar Pantai Batu Buruk dengan penglibatan  peserta dari jabatan kerajaan, agensi swasta, pertubuhan belia , IPTA dan IPTS serta sekolah.

 

 

Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

imelia@kbs,gov.my

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.