kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

My Beautiful Malaysia Wajar Dijadikan Acara Tahunan

 

Berita KBS - 6 Februari 2013

MY BEAUTIFUL MALAYSIA WAJAR DIJADIKAN ACARA TAHUNAN

Disediakan oleh : Nurul Mizaan Ya’cob (IPPBM)

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PUTRAJAYA, 3 FEBRUARI 2013 - Seramai 10,000 belia telah menyertai program My Beautiful Malaysia yang dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Dato’ Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz bagi peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

Antara aktiviti yang dijalankan ialah membersihkan kawasan awam seperti mengutip sampah, mencabut rumput liar, membersihkan longkang dan kerja landskap di sekitar Putrajaya yang melibatkan tujuh zon.

 

Ketika berucap, Dato’ Seri Mohamad Nazri berkata usaha seperti ini wajar diteruskan dan dijadikan acara tahunan untuk memupuk semangat kesukarelawan, saling bantu-membantu serta perpaduan di kalangan belia.

 

“Belia bakal menerajui negara satu hari nanti, jadi lebih banyak belia yang berjiwa murni perlu dilahirkan untuk memastikan negara terus berjaya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 

Penglibatan dalam program ini membabitkan sukarelawan yang terdiri daripada semua kakitangan kementerian dan agensi Kerajaan di Putrajaya, pelajar sekolah, pelajar IPT serta penduduk setempat.

 

 

Disunting oleh: Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.