- Home
- Berita Terkini
- Beri BB1M kepada semua belia
Beri BB1M kepada semua belia

Berita Utusan - 19 Februari 2013
|
Beri BB1M kepada semua belia Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
KUALA LUMPUR 18 Feb. - Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM) menyarankan pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) diperluaskan kepada golongan belia bagi melahirkan belia yang intelektual dan berilmu. Yang Dipertuanya, Izham Ismail berkata, langkah itu perlu untuk memupuk semangat membaca dalam kalangan belia. "Bantuan ini tidak harus dihadkan kepada golongan belia yang bergelar mahasiswa sahaja, malah ia boleh diperhalusi untuk diberikan kepada golongan belia yang lain. "Bantuan ini akan memberi manfaat kepada belia yang kemungkinan kurang mampu untuk membeli bahan-bahan bacaan yang mereka minati," katanya ketika majlis Penyerahan BB1M kepada mahasiswa Universiti Malaysia (UM) di sini hari ini. ... Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my © Utusan Melayu (M) Bhd
|