kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Mesyuarat Penyelarasan Kerjasama Antara Agensi Kerajaan Mengenai Inisiatif Makmal Tranfomasi Belia.

 

Berita KBS - 25 Mac 2013

Mesyuart Penyelarasan Kerjasama Antara Agensi Kerajaan Mengenai Inisiatif Makmal Tranfomasi Belia.

PUTRAJAYA, 21 Mac 2013 – Mesyuarat Penyelarasan Kerjasama Antara Agensi Kerajaan Mengenai Inisiatif Makmal Transformasi Belia telah dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) hari ini bertempat di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) dengan dihadiri wakil-wakil Kementerian dan Jabatan mengenai salah satu daripada enam inisiatif yang diperkenalkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

 Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM, Dr. Wasitah Haji Mohd Yusof, turut memberi penerangan mengenai program yang sedang dilaksanakan itu.

IPPBM kini sedang menyelaraskan portal bertajuk “ Virtual Youth Center ” atau juga dikenali sebagai VyREC dengan kerjasama Gerakan Belia Teknologi Informasi (ITYM) yang merupakan salah satu daripada Inisiatif Makmal Transformasi Belia KBS.

 

Portal yang juga berfungsi sebagai pusat maklumat sehenti generasi belia itu mula beroperasi sejak Oktober 2011 dan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan di mana lebih 2.4 juta pengunjung telah melawat portal tersebut dan telah mendapat lebih 59,000 “like members” setakat ini.

 

Domain portal ini telah didaftarkan menggunakan tiga alamat iaitu www.vyrec.com; www.vyrec.com.my; dan www.vyrec.my. Laman Portal VyREC ini dibuat khusus untuk golongan belia di seluruh negara dan terbuka juga kepada semua tanpa had umur.

            Selain menjadi pusat sehenti maklumat, VyREC juga dibuka untuk pengiklanan dan  segala pengiklanan berkenaan belia seperti peluang pekerjaan, promosi program dan aktiviti belia serta lain-lain perkara yang bersesuaian adalah digalakkan.

            VyREC turut menjadi platform kepada agensi Kerajaan untuk berkerjasama dalam menyebarkan sebarang maklumat dan aktiviti berkonsepkan “dari belia untuk belia ”. VyRec juga dalam proses menambah fungsi dan maklumat berkaitan apa-apa peluang, tawaran, atau apa juga berita berkaitan belia dari pelbagai Kementerian dan jabatan berkaitan.

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.