kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Aku janji BN bela golongan muda.

 

Berita Utusan - 08 April 2013

Aku janji BN bela golongan muda.

 

KLANG 7 April - Sebanyak 17 teras dalam aku janji Barisan Nasional (BN) yang diumumkan malam tadi menzahirkan pembelaan terhadap generasi muda terutama dari sudut kebajikan dan ekonomi golongan tersebut.

Presiden Majlis Belia Selangor (MBS), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, janji mewujudkan sebanyak 3.3 juta pekerjaan dalam tempoh lima tahun akan datang merupakan peluang penting kepada golongan belia khususnya di Selangor.

Tambah beliau, janji menyediakan sebanyak sejuta rumah mampu milik juga memberi manfaat besar kepada golongan belia dalam membina kehidupan dan masa depan lebih baik.

"BN dilihat sentiasa menjaga kebajikan rakyat dan seharusnya golongan belia menyokong usaha itu dengan memberi sokongan kepada calon BN dalam pilihan raya umum nanti," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung Showcase Anak Muda (SAM) Selangor di Seksyen 28 di sini, hari ini.

Irmohizam berkata, aku janji BN untuk membantu rakyat pula mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap nasib penduduk Selangor dan Pulau Pinang yang berdepan krisis perumahan akibat kenaikan harga hartanah secara mendadak.

Mengenai SAM yang merupakan edisi ke-11 dan terakhir, beliau berkata, program itu mendapat sambutan hangat bukan sahaja dalam kalangan rakyat Selangor malah mendapat permintaan supaya diadakan di negeri lain.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.