kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

IPPBM Laksanakan Kajian Profil Belia Setempat Sempena Karnival ASTRO Fiesta Mesra Belia 1Malaysia.

 

Berita Utusan - 09 April 2013

IPPBM LAKSANAKAN KAJIAN PROFIL BELIA SETEMPAT SEMPENA KARNIVAL ASTRO FIESTA MESRA BELIA 1MALAYSIA.

Oleh : Vidya Yazmin Muhamad Yahya (IPPBM)

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

KEMAMAN, 6 APRIL 2013 – Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia khusus untuk meraikan belia-belia di daerah Kemaman bermula dari 4 hingga 6 April 2013.

 

Kedatangan belia dari pelbagai kawasan di Terengganu seawal jam 11 pagi menjadikan Karnival Astro Fiesta Mesra Belia ini pusat perhatian masyarakat Terengganu pada hujung minggu. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan antaranya Mini Maha, Motivasi Perdana Rabbani & Imam Muda Aran, pemeriksaan kesihatan percuma, senamrobik, pertandingan memancing, sukan rakyat, battle of the band dan konsert Astro Fiesta.

 

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) telah menjalankan Kajian Profil Belia Setempat melalui borang soal selidik semasa karnival berlangsung. Pendekatan yang menarik seperti meluangkan masa untuk bergaul mesra dan berbual secara terbuka bagi menyelami pendapat golongan belia merupakan salah satu inisiatif pihak IPPBM supaya boleh menghasilkan kajian yang berguna.

 

Sambutan yang positif diberikan oleh golongan belia dalam menjayakan kajian tersebut. Hasil pemerhatian kajian menunjukkan bahawa majoriti belia yang hadir ke Karnival Astro Mesra Belia menunjukkan hasil yang positif. Penganjuran karnival ini juga meningkatkan semangat jati diri belia untuk lebih berkerjasama, menjadi sukarelawan dan mengeratkan hubungan antara masyarakat. Majoriti belia yang hadir adalah penduduk sekitar Kemaman, Dungun dan Kuala Berang. Belia-belia dari Kuantan Pahang juga turut mengunjungi karnival tersebut. Ini adalah faktor jarak perjalanan memudahkan mereka untuk berkunjung.

 

Saudari Umi Noor Aishah yang merupakan sukarelawan sempena karnival tersebut menyatakan program tersebut telah memberi kesan yang mendalam kepada diri beliau untuk terus menjadi sukarelawan pada masa akan datang di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

 

Hadir bersama ke karnival tersebut ialah YB. Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek yang meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk sekitar Kemaman khususnya belia setempat.

 

Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

IPPBM LAKSANAKAN KAJIAN PROFIL BELIA SETEMPAT SEMPENA KARNIVAL ASTRO FIESTA MESRA BELIA 1MALAYSIA

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.