- Home
- Berita Terkini
- PELANCARAN BUKU “ UNDERSTANDING THE ANXIETIES AND DESIRES OF MALAYSIAN YOUTH”
PELANCARAN BUKU “ UNDERSTANDING THE ANXIETIES AND DESIRES OF MALAYSIAN YOUTH”

Berita KBS - 17 April 2013
|
PELANCARAN BUKU “ UNDERSTANDING THE ANXIETIES AND DESIRES OF MALAYSIAN YOUTH” Oleh : Muhammad Syazwan Ahmad Kamal (Unit Komunikasi Korporat) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
CHERAS, 16 April 2013 – Sejajar dengan program “ Wacana Ilmu, Memperkasakan Belia Malaysia” , Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) melancarkan buku yang bertajuk “ Understanding The Anxieties and Desires of Malaysian Youth” yang diterbitkan dengan kerjasama MarkPlus & Co Consultancy Sdn. Bhd. Majlis pelancaran buku berkenaan disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dalam satu majlis ringkas di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa ( IYC) di sini hari ini. Tujuan utama pelancaran buku ini adalah untuk berkongsi dengan masyarakat luar tentang pola-pola tingkah laku belia pada penghujung tahun 2012 lalu dan dibukukan di dalam buku “ Understanding The Anxieties and Desires of Malaysian Youth ”. Kompilasi kajian yang dibukukan dapat membantu pembaca memahami kehendak belia pada masa kini daripada aspek keperluan, keinginan serta kebimbangan generasi belia dalam mengharungi cabaran kehidupan moden pada hari ini. Ianya juga memberi pendedahan mengenai gaya hidup atau kecenderungan generasi muda masa kini meliputi nilai-nilai dan tingkah laku generasi muda, pasaran belia dan kehendak belia. Hasil kajian yang dibukukan itu juga merangkumi data statistik dan analisis tingkah laku belia yang meliputi pemahaman mereka mengenai demografi, psikografi dan tingkah laku gaya hidup belia Malaysia. Buku tersebut sedikit sebanyak dapat membantu pelbagai pihak untuk memahami golongan belia dari pelbagai aspek dan memahami pola-pola tingkah laku belia sekarang.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS ) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|