- Home
- Berita Terkini
- Karnival Gempak Varia-C UKM Pupuk Semangat Kesukarelaan
Karnival Gempak Varia-C UKM Pupuk Semangat Kesukarelaan

Berita KBS - 23 April 2013
|
KARNIVAL GEMPAK VARIA-C UKM PUPUK SEMANGAT KESUKARELAAN Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh (IPPBM) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. BANGI, 21 APRIL2013 – “1000 lebih pelajar di Kolej Kediaman Ungku Omar tidak semua mereka memilih untuk menjadi sukarelawan dalam penganjuran karnival ini namun sebilangan pelajar telah mengambil inisiatif untuk menyahut cabaran menganjurkan karnival ini untuk semua pelajar di UKM dan ia merupakan satu aktiviti kesukarelaan yang menjadi agenda nasional Negara pada hari ini”, ujar Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM, Dr. Wasitah Hj. Mohd. Yusof dalam ucapan perasmian beliau sempena Karnival Gempak Variasi-C di UKM anjuran Kolej Ungku Omar.Dengan penyertaan daripada pelbagai latar belakang dan lapisan kaum, ternyata karnival ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar di UKM. Sejajar dengan objektif penganjurannya untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan integrasi di antara pelajar-pelajar yang berbilang kaum dan berbeza latarbelakang selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyatupadukan rakyat. Antara aktiviti sempena karnival tersebut ialah larian kampus, gotong royong memasak, demonstrasi keselamatan, pertandingan Master Chef, program bersama dengan anak yatim, dan sebagainya. Dr Wasitah juga turut berkongsi maklumat tentang pengambilan penjawat awam di Malaysia yang menekankan pelbagai kriteria selain pencapaian akademik iaitu penglibatan kokurikulum pelajar-pelajar di Universiti. Beliau memberikan contoh di mana pada bulan ini seramai 60 ribu calon telah hadir ke Peperiksaan Kemasukan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M 41 yang menyaksikan hanya yang terbaik layak mendapat jawatan tersebut. “Pihak Kementerian Belia dan Sukan melalui IPPBM bersedia untuk berkerjasama dengan pihak UKM pada masa akan datang bagi bersama-sama menyediakan medium untuk aktiviti bercorak kreativiti, kesukarelawan dan penekanan kepada modal insan selari dengan perkembangan semasa yang berlaku dalam Negara terhadap orang muda pada hari ini”, tambah beliau lagi. Turut hadir menjayakan majlis tersebut ialah Pengetua Kolej Ungku Omar(KUO), Mejar Dr. Azahan Awang, warga KUO, serta warga UKM. Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |