- Home
- Berita Terkini
- Festival Belia Bakal Gegar Putrajaya
Festival Belia Bakal Gegar Putrajaya

Berita KBS - 28 April 2013
|
FESTIVAL BELIA BAKAL GEGAR PUTRAJAYA Oleh : Nurhidaya Binti Pukari (Unit Komunikasi Korporat KBS ) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. PUTRAJAYA, 25 APRIL 2013 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sekali lagi akan menganjurkan sambutan Hari Belia Negara ( HBN ) yang diberi penjenamaan baru dengan nama Festival Belia Putrajaya (FBP) 2013 yang akan berlangsung di Putrajaya bermula 23 hingga 26 Mei 2013 nanti.
Sebanyak 40 segmen dengan 500 acara menarik akan diadakan seperti Perarakan Mega Belia, March and Music, perkhemahan sukarelawan belia, karnival memancing, Majlis Ijab Kabul Mega 2013, persembahan oleh artis-artis tempatan dan pertunjukan bunga api yang menjadi acara kemuncak dalam festival ini.
“ Di sini, para belia berpeluang untuk mengekspresi diri serta menyerlahkan bakat mereka selain dapat mencari peluang pekerjaan, pendidikan, kemahiran, perniagaan dan dapat mencuba aktiviti-aktiviti yang lasak, “ ujar Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.ketika berucap di Majlis Taklimat FBP kepada kira-kira 500 belia di Dewan Serbaguna Menara KBS di sini hari ini.
“ Festival Belia Putrajaya ini merupakan acara kemuncak bagi Hari Belia yang disambut pada 15 Mei setiap tahun. Hari Belia ini menjadi hebat kerana para belia Malaysia juga hebat,” tambahnya. Beliau juga memaklumkan bahawa belia dari Palestin juga berminat mengambil bahagian buat pertama kalinya di festival ini dengan mempersembahkan seni dan kebudayaan negara mereka.
Hadir sama Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Mohid Mohamed, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin-pemimpin pelajar dari beberapa buah universiti tempatan.
Orang ramai terutamanya warga belia dijemput untuk menyertai dan memeriahkan lagi Festival Belia Putrajaya ini. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Sekretariat Pengurusan Acara KBS di talian 03-88713629.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |