- Home
- Berita Terkini
- Promosi Karnival Belia Putrajaya 2013 Di Ipoh
Promosi Karnival Belia Putrajaya 2013 Di Ipoh

Berita KBS - 21 Mei 2013
|
PROMOSI KARNIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013 DI IPOH Oleh : Muhammad Syazwan Ahmad Kamal (Unit Komunikasi Korporat KBS ) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. IPOH, 18 MEI 2013 – Untuk kali keduanya, promosi Festival Belia Putrajaya 2013 melalui konvoi motosikal berkuasa tinggi yang disertai kira-kira 200 buah motosikal diadakan dari Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Putrajaya ke Meru, Ipoh dan berpatah balik sebelum berakhir di Hentian Jejantas Sungai Buloh dekat sini hari ini.
Konvoi yang diketuai Presiden Kelab Motosikal RELA, Dato' Rahman Jaafar dan Penolong Pengarah Sukan Bermotor KBS, Mohd. Hazri Nizam memulakan perjalanan kira-kira 500 kilometer yang dilepaskan Timbalan Ketua Setiausaha ( Strategik ) Dato’ Zaidon Haji Asmuni jam 10.00 pagi di hadapan Menara KBS walaupun masih lagi kurang sihat selepas terlibat di dalam kemalangan jalanraya baru-baru ini.
Promosi bermotosikal kali kedua ini disertai oleh beberapa pegawai dari Unit Komunikasi Korporat KBS yang turut membantu mengedarkan risalah serta barangan cenderamata di setiap lokasi perhentian. Antara lokasi yang menjadi persinggahan konvoi pada kali ini ialah di R&R Rawang, Tapah, Pasaraya Mydin Meru, R & R Tapah Arah Selatan, Ulu Bernam sebelum menamatkan perjalanan di Restoran Jejantas Sungai Buloh.
Orang ramai di setiap hentian konvoi memberi sambutan yang baik atas usaha KBS dalam mempromosikan Festival Belia Putrajaya 2013 dan menunjukkan sokongan terhadap program yang bakal berlangsung di Putrajaya itu setelah berjaya mendapat sambutan sejak diadakan tiga tahun lalu.
Walaupon penat dan ditimpa pelbagai dugaan, peserta konvoi memberikan kerjasama yang baik dan turut membantu dalam mempromosikan Festival Belia Putrajaya 2013 demi menarik minat masyarakat setempat untuk melibatkan diri dalam Festival Belia Putrajaya pada kali ini. Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS ) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |