kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Majlis Pelancaran Festival Belia Putrajaya 2013

Berita KBS - 27 Mei 2013

MAJLIS PELANCARAN FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013

 

Disediakan Oleh : Muhammad Faiz Abdul Rahman Putera ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 Putrajaya, 25 Mei 2013 – Majlis pelancaran Festival Belia Putrajaya ( FBP ) 2013 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini bertempat di pentas utama Festival Belia Putrajaya 2013. Majlis pelancaran yang dirasmikan oleh  Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak itu dihadiri hampir 30 ribu orang pengunjung dari kalangan belia.

 “ Selamat menyambut Hari Belia dan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan festival ini dan berharap festival ini akan berlangsung dengan lebih hebat pada masa akan datang ”, ujar Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak yang turut berterima kasih kepada mantan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek yang merupakan pencetus idea bagi majlis sambutan Hari Belia yang begitu meriah ini.

  Turut hadir Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri-menteri Kabinet, Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Dato' Sri Dr. Aseh  Haji Che Mat dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.

 Perdana Menterikemudiannya menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) kepada Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh, Melaka bagi kategori Pertubuhan Belia Majlis dalam Anugerah Perdana Belia Negara yang berlangsung dengan jayanya pada hari ini.

 Beliau turut menyampaikan anugerah kepada Manndzri Nasib daripada Majlis Belia Malaysia Johor bagi kategori lelaki dan Halimah Abd Rahman daripada Persatuan Puteri Islam Sabah bagi kategori perempuan. Kedua-duanya pemenang membawa pulang wang tunai RM 20,000 setiap orang.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.