kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Kompleks Rakan Muda Puchong Jadi Pusat IM4U

Berita KBS - 30 Mei 2013

KOMPLEKS RAKAN MUDA PUCHONG  JADI PUSAT IM4U

Oleh : Shaliza Samasudin ( Bahagian dasar dan Perancangan Strategik KBS)

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PUTRAJAYA , 28 MEI 2013 – “ Kerajaan adalah fasilitator untuk merealisasikan hasrat dan impian golongan belia menjadi realiti,”  kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, kerajaan yang sentiasa menganggap golongan belia penting, melakukan pelbagai usaha untuk memperkasakan golongan berkenaan namun ia dilakukan bukan daripada arahan dari atas ke bawah, sebaliknya datang daripada golongan itu sendiri.

" Apa yang dihasratkan dan apa yang diminati golongan belia, kerajaan merupakan fasilitator untuk memungkinkan segala impian dan minat golongan belia menjadi kenyataan dan realiti," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani dua Memorandum Persefahaman ( MoU ) antara Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), 1Malaysia For Youth ( iM4U) dan Kementerian Belia dan Sukan ( KBS) di Bangunan Perdana Putra  di sini hari ini.

 

Hadir sama, Menteri Pertahanan,  Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Belia dan Sukan,  Khairy Jamaluddin.

 Beliau menyaksikan pemeteraian MoU antara KBS dan iM4U bagi menyerahkan Kompleks Rakan Muda Puchong kepada iM4U untuk ditransformasikan sebagai Pusat iM4U.

 MoU ditandatangani Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Mohid  Mohamed dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif IM4U,  Datuk Seri Farid Ridzuan, diikuti penyerahan replika kunci Kompleks Rakan Muda Puchong kepada iM4U.

 Pusat iM4U diwujudkan untuk belia dan sukarelawan berkumpul serta berkongsi pengalaman masing-masing dan melibatkan diri dalam kegiatan dan aktiviti yang diminati mereka.

 Hasrat ini hampir menjadi realiti apabila Kompleks Rakan Muda Puchong di bawah KBS ditransformasikan menjadi Pusat iM4U. Kerja pengubahsuaiannya akan dijalankan oleh sukarelawan yang terlibat dalam iM4U.Kepakaran pelajar universiti akan digunakan untuk menyumbang terhadap reka bentuk dan pembinaan semula pusat berkenaan.

“ Pusat ini adalah untuk orang muda, bukan sahaja daripada segi penggunaannya tetapi dari segala aspek, kita akan menjadikan pusat ini milik sepenuhnya  orang muda tanah air, jelas Perdana Menteri.

 Beliau juga percaya melalui program iM4U yang diwujudkan di universiti dan pusat outreach, akan dapat menarik minat pelbagai belia dan sukarelawan dalam bidang seperti muzik, sukan, teater, kelas agama, pusat internet, bazar hari minggu, studio foto dan sebagainya.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.