kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

4D STOP OVER TARIKAN UTAMA DI YOUTH RESEARCH HUB IPPBM FBP 2013

4D STOP OVER TARIKAN UTAMA DI YOUTH RESEARCH HUB IPPBM FBP 2013

 

4D STOP OVER TARIKAN UTAMA DI YOUTH RESEARCH HUB IPPBM FBP 2013
Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh (IPPBM)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Festival Belia Putrajaya(FBP) 2013 berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan telah memberikan impak positif terhadap Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) yang turut sama dalam menjayakan festival tersebut. IPPBM dalam usaha yang berterusan untuk meningkatkan imej korporatnya kepada umum telah berjaya menganjurkan program khas iaitu Youth Research Hub sempena FBP 2013 yang telah berlangsung pada 23 hingga 26 Mei yang lalu.

 

Program berkenaan juga buat julung kali dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB. En. Khairy Jamaluddin dan Timbalannya, YB. Datuk M. Saravanan. Kehadiran YB. Menteri disegmenkan khas dalam program “4D Stop Over By Khairy Jamaluddin” yang mana pendekatan ini telah memberi ruang kepada para belia yang terlibat dengan kajian serta para  pengunjung yang hadir untuk berkenalan dengan lebih dekat Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik selepas Pilihanraya Umum ke-13.

 

Kehadiran YB. Menteri dan Timbalannya juga membolehkan kedua-dua peneraju belia di Negara ini mengenali lebih dekat mengenai fungsi IPPBM dan kelebihan golongan muda yang terlibat di dalam kajian-kajian IPPBM. Melalaui 4D Stop over dapat memperkenalkan pendekatan terkini IPPBM dalam menonjolkan peranan belia dalam memberikan input realistik bagi menghasilkan outcome yang berimpak tinggi menerusi pendekatan appreciative inquiry.

 

Selain itu, YB. Menteri dan Timbalannya telah dibawa ke Segmen Kajian dan Pengurusan Data serta Segmen Interaktif yang disediakan di Youth Research Hub khusus untuk belia-belia yang hadir. Pada sesi tersebut YB. Menteri sempat bersama-sama belia yang hadir dan menyertai beberapa aktiviti interaktif yang menarik yang telah disediakan.

 

Melalui program Youth Research Hub ini, IPPBM dapat menerangkan kepada belia yang hadir mengenai kepentingan kajian berkaitan pembangunan belia yang telah dilaksanakan dari semasa ke semasa. Juga, menyebarkan maklumat yang tepat berkenaan golongan belia Malaysia berdasarkan statistik yang telah dikeluarkan oleh pihak IPPBM.

 

Video dan gambar berkenaan penganjuran program ini boleh dilayari seperti di pautan di bawah,

  1. Facebook - Galeri
  2. Video 1
  3. Video 2

 

Disemak oleh : Zul Fadhli Abd Aziz (EPK I IPPBM)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.