kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Tiada toleransi

 

Berita KOSMO -05 Jun 2013

Tiada toleransi

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) tidak akan bertoleransi dengan atlet tempatan yang terbabit dalam penggunaan dadah terlarang.

“Jika kami dapati mana-mana atlet gagal hadir untuk ujian dadah dan mereka menerima hukuman, kami tidak akan bersimpati dengan mereka kerana ini perkara yang sangat serius.

“Kementerian dan MSN sentiasa berpegang kepada dasar toleransi sifar mengenai isu doping ini,” katanya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kepada pemberita selepas melawat Institut Sukan Negara (ISN) di Bukit Jalil semalam.

Khairy memberikan amaran itu bagi mengulas hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Lausanne, Switzerland kepada seorang jurulatih dan enam atlet Malaysia susulan kes penggunaan dadah terlarang.

“Pengalaman seperti ini harus menjadi pengajaran kerana penggunaan dadah (perlu dilihat secara) serius,” kata Khairy.

Sebelum ini, Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) mengheret Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) ke CAS selepas badan induk olahraga negara itu hanya memberi amaran keras kepada enam atlet tersebut.

Bagaimanapun, CAS membuat keputuan untuk menggantung khidmat bekas jurulatih olahraga kebangsaan, Harun Rasheed selama 10 tahun bermula 12 September 2011.

Harun didapati bersalah mengarahkan enam pelari pecut negara untuk mengelak daripada memberi sampel air kencing mereka kepada ISN pada Mei 2011.

Lima atlet iaitu Norjannah Hafiszah Jamaludin, Nurul Sarah Abdul Kadir, Mohamad Noor Imran Hadi, Siti Zubaidah Adabi dan Yee Yi Ling masing-masing dikenakan hukuman penggantungan dua tahun berkuat kuasa 24 Mei lepas.

Seorang lagi atlet, Siti Fatimah Mohamad yang menjadi saksi dan menunjukkan bahan bukti kes itu digantung 18 bulan.

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.