kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

IPPBM MAMPU BERSAING DENGAN PENYELIDIK LUAR

Berita KBS - 13 Jun 2013

Oleh : Muhammad Syazwan Ahmad Kamal (Unit Komunikasi Korporat)

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PUTRAJAYA, 11 JUN 2013 – “ IPPBM boleh bersaing dengan penyelidik luar KBS ”, kata Menteri Belia dan Sukan, YB Encik Khairy Jamaluddin ketika mengadakan lawatan serta mendengar taklimat ringkas selama sejam di Institut Penyelidikan Pertubuhan Belia Malaysia (IPPBM) di Aras 10 Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini semalam.

Lawatan yang turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha ( Pengurusan ) KBS, Datuk Jamil Salleh serta beberapa Setiausaha Bahagian  dan pegawai kanan kementerian ini.

Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada Menteri tentang tugas utama IPPBM serta fungsi agensi tersebut dalam menjalankan penyelidikan berkaitan dengan belia serta pelbagai kementerian.

IPPBM menunjukkan hasil kajian yang telah mereka jalankan selama ini seperti Modul Penggunaan Pemetaan Belia dan Statistik Belia Malaysia 2012. Disamping memperkenalkan hubungan baik mereka dengan salah satu inisiatif makmal belia iaitu Vyrec bagi meningkatkan hubungan dengan golongan muda melalui aktiviti media interaktif.

IPPBM juga diiktiraf sebagai badan penyelidik yang layak bersaing dengan penyelidik luar kerana IPPBM telah menjalankan pelbagai penyelidikan termasuklah kerjasama dengan beberapa universiti tempatan. Kajian terkini IPPBM adalah mengenai keberkesanan Festival Putrajaya2013 dalam menyumbang kepada penyatuan pelbagai kaum di Malaysia.

Encik Khairy kemudian mencadangkan supaya IPPBM merangka program serta aktiviti baharu untuk KBS berdasarkan kajian yang telah dijalankan bagi mengetahui keberkesanan terhadap program dan aktiviti yang dilaksanakan selama ini.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.