kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

JEJAK 1M4U IPPBM

 

JEJAK 1M4U IPPBM-JOM KAJI DAN SELIDIK

 

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh (IPPBM )

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Gelang Patah, 29 Jun 2013 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar(IRDA) dan UITM Kampus Johor Bahru telah melaksanakan program Jejak 1M4U IPPBM – Jom Kaji dan Selidik bertempat di Perumahan Rakyat Iskandar Malaysia(PRISMA), Johor.

Penganjuran program ini bertujuan mendekatkan IPPBM kepada golongan belia sambil memupuk sikap keprihatinan masyarakat terhadap penyelidikan seterusnya menyampaikan mesej yang dapat memberikan kesedaran, pengetahuan dan pengajaran kepada golongan belia pada masa kini. Program ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar UITM Johor Bahru dan penduduk setempat PRISMA.

Antara pengisian aktivitinya ialah pertandingan Youth Talent Show, kuiz penyelidikan IPPBM, pertandingan Online Games,  pertandingan bola sepak komuniti Gelang Patah, aktivti pameran IPPBM dan pendaftaran E-Belia.

IPPBM turut menjalankan kajian kes di kawasan perumahan tersebut yang memfokuskan kepada Sikap Belia dalam Aspek Integrasi dan Perpaduan. Kajian ini bagi melihat sejauh mana persepsi dan pandangan belia mengenai isu integrasi dan perpaduan kaum; penglibatan belia dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dalam memupuk perpaduan dan integrasi antara kaum; sikap belia terhadap aspek integrasi dan perpaduan; serta mendapatkan pandangan dan cadangan belia dalam meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia.

Perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh En. Nor Hisham Hussein, Ketua Pembangunan Sosial IRDA bersama Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM.

 

Disunting : Suraya Sulaiman (IPPBM)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.