kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Rakyat diajak kongsi idea rangka Bajet 2014.

 

Sumber : Berita Harian

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak mengajak rakyat berkongsi idea dan saranan bagi merangka Bajet 2014, mulai Isnin ini.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu selaras komitmennya untuk membentuk belanjawan hasil inspirasi rakyat.“Tahun lepas idea dan saranan anda telah digunakan dalam beberapa polisi Belanjawan 2013 dan sekali lagi mempelawa anda untuk sertai kami, mulai Isnin depan dalam berkongsi maklum balas Bajet 2014,” katanya dalam Facebook, semalam.

Fokus lima aspek Bajet 2013 yang bertemakan Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati memfokuskan lima aspek utama, iaitu merangsang aktiviti pelaburan, memperkasa pendidikan dan latihan, membudayakan inovasi meningkat produktiviti, konsolidasi fiskal dan mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan mensejahterakan rakyat. Antara sorotan bajet itu adalah meringankan kos sara hidup dengan menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), diskaun PTPTN (pendidikan), subsidi dan insentif padi bernilai RM2.4 bilion (kelestarian bekalan makanan) serta unit rondaan bermotosikal dan pemasangan alat kawalan keselamatan (kejiranan yang selamat). Pembangunan komuniti
Sorotan lain adalah pembangunan komuniti yang memberi tumpuan kepada program seperti 1Azam dan transformasi komuniti, pasaran bon dan sukuk, dana pembiayaan perusahaan kecil sederhana (PKS) Bumiputera dan dana industri halal (menyokong pelaburan dan PKS), Perumahan Rakyat 1Malaysia dan Skim Rumah Pertamaku (perumahan untuk rakyat) dan aspek kesihatan seperti Klinik 1Malaysia dan pemeriksaan percuma ujian mamogram.

 

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.