kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KBS ANJURKAN PERTANDINGAN REKACIPTA DAN INOVASI PERINGKAT IKBN/IKTBN 2013

 

Oleh : Dr Wasitah Hj Mohd Yusof

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

 

KUALA LANGAT, 20 OGOS 2013 – Pertandingan Rekacipta dan Inovasi antara IKBN/IKTBN telah berlangsung dalam  suasana meriah  yang menyerlahkan semangat kesungguhan para pelatih IKBN/IKTBN apabila mereka menerima kehadiran YBhg. Datuk Jamil Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. Pertandingan ini telah dianjuran oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan(KBS).

Dengan Tema Teknologi Hijau, daya inovasi para belia yang berada di IKBN/IKTBN seluruh negara berjaya  memaksimakan potensi dan penggunaan barang-barang terpakai yang menepati tema inovasi.

Pada masa yang sama, pertandingan ini juga berjaya mengeluarkan daya berfikir dan dan kreativiti belia-belia IKBN/IKTBN melalui rekacipta inovasi yang ditampilkan seperti peralatan menukar mentol lampu, alat penyebaran benih bagi projek pertanian, inovasi gas memasak dan tidak ketinggalan inovasi dalam teknologi makanan.

Inovasi juga diperkenalkan dalam penganjuran pertandingan pada tahun ini dengan  pengenalan konsep penerimaMedalion Excellent yang mewakili tahap Gangsa, Perak dan Emas sebagai pengiktirafan dan menjadi motivasi kepada para peserta, berbanding konsep kemenangan mengikut permarkahan pada tahun yang sebelum ini.

Pertandingan berakhir dengan johan keseluruhan Inovasi dan Rekacipta dianugerahkan kepada IKBN Bukit Mertajam yang telah berjaya menampilkan beberapa rekacipta inovasi seperti alat pengesan angin lintang, water level messaging dan peti dua musim pelbagai guna.

Tahniah diucapkan kepada semua pereka muda yang telah menyertai pertandingan ini.
YBhg. Datuk KSU melalui ucapannya melahirkan hasrat  untuk melihat IKBN/IKTBN melalui era Transformasi agar  dapat memperlihatkan perubahan yang ketara daripada pelbagai aspek perubahan dari segi kursus dan bidang latihan termasuk pengurusan IKBN/IKBTN secara menyeluruh sejajar dengan perubahan persekitaran dan tuntutan guna tenaga sebuah  negara Malaysia yang maju .

 

 

Disunting Oleh:  Nasrudin H. Mahmud, Unit Komunikasi Korporat

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.