- Home
- Berita Terkini
- PUPUK BELIA HAYATI KEMERDEKAAN NEGARA
PUPUK BELIA HAYATI KEMERDEKAAN NEGARA

PUPUK BELIA HAYATI KEMERDEKAAN NEGARA
Oleh : Khalid Khairuddin ( Unit Komunikasi Korporat KBS ) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
PUTRAJAYA, 5 September 2013 : “ Ini merupakan satu tanggungjawab dan cabaran besar bagi Kementerian Belia dan Sukan
( KBS ) untuk membawa sejarah negara kepada belia-belia Malaysia supaya dihayati,” demikian diucapkan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, . Encik Khairy Jamaluddin di Majlis Perhimpunan Bulanan di Dewan Serbaguna Menara KBS di sini hari ini.Beliau merujuk kepada rasa semangat kebangsaan atau patriotisme yang semakin terhakis di kalangan belia pada hari ini.
Beliau berpendapat bahawa rasa semangat patriotisme itu terhakis disebabkan belia pada hari ini mengetahui sejarah melalui buku-buku teks atau hanya sebagai satu matapelajaran tanpa menghayati atau melaluinya sendiri. Pengetahuan tentang sejarah negara hanya menjadi sebahagian dari bahan bacaan untuk lulus peperiksaan atau untuk memenuhi tuntutan silibus pembelajaran.
Beliau juga mengingatkan bahawa kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan para pemimpin yang mengorbankan wang, tenaga, usaha bahkan nyawa hanya untuk mendapatkan kemerdekaaan negara.“ Mungkin para belia hari ini tidak menghayati sejarah kerana tidak pernah melalui sendiri peritnya perjalanan ke arah kemerdekaan itu”, tambah beliau lagi.
Beliau juga mengulas berkenaan isu kongsi gelap yang semakin menjadi isu serius. Beliau juga berharap KBS dapat merangka program yang sesuai agar dapat menjauhkan para remaja dan belia dari terlibat dalam kegiatan kongsi gelap itu.
“ Ini merupakan satu sumbangan yang besar KBS dalam menangani masalah ini supaya remaja atau belia kita tidak memilih jalan sehingga terjerumus menyertai kongsi gelap ”. tambahnya.Hadir sama di majlis ini,Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan, Ketua Setiausaha, Datuk Jamil Salleh serta Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Hajjah Hatipah Ibrahim.
Pada majlis ini, Encik Khairy turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengarah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang dan peserta Pertandingan Kemahiran Dunia di Jerman baru –baru ini di atas kejayaan masing-masing.