kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PROGRAM PERTUKARAN BELIA ANTARABANGSA MALAYSIA-KOREA BERI DIMENSI BAHARU BUAT BELIA

 

PROGRAM PERTUKARAN BELIA ANTARABANGSA MALAYSIA-KOREA BERI DIMENSI BAHARU BUAT BELIA

Berita KBS - 20 September 2013

 

Oleh : Megat Muhamad Nazar b. Ab. Bahar  ( Pegawai KPI  KBS )

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

SEOUL, 13 SEPTEMBER 2013 – Penerbangan yang melebihi enam jam tidak dirasai setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan, para delegasi Malaysia mendapat layanan yang cukup istimewa daripada Kementerian Kesaksamaan Jantina dan Keluarga, yang diwakili Han Ah-Young dan Eric Kim sepanjang 11 hari menjalani Program Pertukaran Belia Antarabangsa Malaysia – Korea bermula 2 hingga 12 September 2013  lalu.

 Program kerjasama dua hala anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dan Republik Korea kali ini menjemput seramai 15 delegasi dari seluruh negara yang terdiri daripada belia-belia mewakili Persatuan dan NGO masing-masing, termasuk wakil daripada KBS, diketuai  Vijayan Kumar A/L Nadarajan dan dua orang pegawai lain bagi tujuan memastikan program berjalan dengan lebih lancar.

 “ Pengisian program ini cukup bagus dan padat dengan infomasi berguna, kami dapat pelajari bukan sahaja sejarah tamadun dan kemajuan teknologi negara pengeluar telefon mudah alih gergasi Samsung. Malah kami turut berpeluang berkongsi budaya dengan para belia di sana disamping merasai sendiri kehidupan berada dalam sebuah keluarga di republik ini. Pengalaman seperti ini amat bermakna bagi kami semua, ” ujar salah seorang delegasi program, Mohamad Shahrizan Abdul Hamid, pengendali sebuah blog dan juga penuntut tahun akhir jurusan Nutrisi Makanan di Management and  Science University, Shah Alam.

 Delegasi dibawa berkujung ke beberapa tempat menarik hampir seluruh kota Seoul dan menimba pengalaman berharga seperti di Bukchon Asian Art Museum, National Museum of Korea, Cheongwadae Sarangchae ( The Blue House), Seoul Youth Hub, Incheon Seogu Youth Center, Daewoo Shipbuilding and Maine Engineering serta banyak lagi.

 Perjalanan program ini kemudiannya diakhiri dengan menyertai mini olimpik dan melakukan aktiviti sukan air dan maritim di Gyeongsang Nambu Council, di Wilayah Tongyeong oleh semua peserta yang menyertai program itu.

 Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.