kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

MAJLIS SAMBUTAN KETIBAAN PESERTA WALK 4 MALAYSIA

 

MAJLIS SAMBUTAN KETIBAAN PESERTA WALK 4 MALAYSIA

Berita KBS - 4 Oktober 2013

Oleh : Azlin Emiza Jamri ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PUTRAJAYA, 4 OKTOBER 2013 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini menyambut ketibaan peserta-peserta Program Walk For Malaysia yang telah berjalan sejauh 600 kilometer selama 13 hari mulai 22 September hingga 4 Oktober 2013 bertempat di Dewan Serbaguna Podium B , Menara KBS di sini hari ini.

Program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu tersebut disertai seramai 40 orang dan diketuai pesara tentera, Mohd Noor Mat. Program tersebut bertujuan untuk menterjemahkan sokongan rakyat kepada kepimpinan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri besar Terengganu.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan yang turut hadir untuk menyambut ketibaan para peserta mengucapkan tahniah kepada para peserta kerana berjaya sampai ke Putrajaya setelah bermula dari Besut, Terengganu selama 13 hari bermula 22 September lalu.

Beliau turut berkata, program yang berbentuk perpaduan dan patriotisme ini dianggap sebagai simbol kepada keamanan dan kemakmuran Negara walaupun rakyat terdiri dari berbilang bangsa dan agama.

Sikap tolenrasni serta muafakat menjadikan Negara ini Berjaya ditadbir urus oleh campuran pelbagai kaum dan memberi manfaat yang besar kepada rakyat.

Beliau meminta golongan belia melihat kembali sejarah negara dan menghayati bagaimana ianya ditadbir sehingga berjaya seperti yang dinikmati hari ini.  “ Kaji semula sejarah kita dalam masa 55 tahun ini kita merdeka, bagaimana Malaysia mampu lahirkan golongan sederhana dengan cepat berbanding negara-negara luar yang mengambil masa ratusan tahun selepas merdeka “.ujarnya sebagai mengalu-alukan kejayaan peserta ini menamatkan cabaran berjalan kaki itu.

Tambah beliau, sikap toleransi orang Melayu dalam menerima kaum lain, kewibawaan pemimpin-pemimpin dulu dan sekarang, perpaduan dan silaturrahim, serta kestabilan politiklah yang dapat menjamin kehidupan aman damai Malaysia.

Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin turut hadir untuk menyampaikan sijil penyertaan dan menyarungkan jersi harimau kepada lima peserta  peserta.yang mengetuai cabaran berjalan kaki itu.

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.