kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Program Mental Health Walk Bersama Langkah Ceria @ Putrajaya

 

 

PROGRAM MENTAL HEALTH WALK BERSAMA LANGKAH CERIA @ PUTRAJAYA

Berita KBS - 25 Oktober 2013

Oleh : Azlin Emiza Jamri ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PUTRAJAYA- Sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2013, Program Mental Health Walk diadakan bersama langkah Ceria @ Putrajaya bertempat di Dataran Putrajaya, hadapan Istana Kehakiman, Presint 3 di sini hari ini.

 Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari kira - kira 1,000 penduduk dalam dan sekitar Putrajaya. Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin dan isterinya, Puan Nori Abdullah serta beberapa pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut mengambil bahagian dalam aktiviti berjalan kaki ini yang sejauh 7.5 kilometer bersamaan 10 000 langkah.

 Encik Khairy Jamaluddin berkata, “ Program yang diadakan seperti ini dapat memberikan peluang penyertaan dan memberi maklumat berguna dalam aktiviti sukan dan kecergasan bagi menjamin kesihatan mental dan fizikal yang baik “.

 “ Kita sentiasa terdedah dengan budaya kerja dan persekitaran yang kurang selesa dan tidak sihat yang mampu memberikan impak negatif kepada kehidupan seharian maka KBS sentiasa menyokong gaya hidup yang sihat  terutama di kalangan belia yang merupakan aset kepimpinan negara, “ tambahnya dalam mengulas corak kehidupan hari ini yang mecabar kesihatan samada dari segi mental mahupun fizikal.

 Beliau berharap rakyat Malaysia dapat terus membangunkan negara dengan memastikan kesihatan diri dari segi fizikal dan mental berada pada tahap yang terbaik melalui amalan gaya hidup sihat dan sentiasa lebih cergas dan sihat sepanjang hayat agar dapat menjalani kehidupan harian dengan lebih selesa dan baik.

 Turut serta dalam program ini ialah Ketua Setiausaha KBS, Datuk Jamil Salleh dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Hajah Hatipah Ibrahim, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dato’ Seri Dr. Aseh Haji Che Mat, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

 Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.