- Home
- Berita Terkini
- FORUM DAN DIALOG BELIA BERKAITAN GST DI UTC GALLERIA JOHOR BAHRU.
FORUM DAN DIALOG BELIA BERKAITAN GST DI UTC GALLERIA JOHOR BAHRU.

FORUM DAN DIALOG BELIA BERKAITAN GST DI UTC Galleria Johor Bahru.
JOHOR BAHRU, 1 NOVEMBER 2014 - Forum dan Dialog berkaitan isu (GST) yang dilaksanakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Galleria Johor Bahru, telah dilancarkan Timbalan Ketua Setiausaha ( Antarabangsa dan Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Dato’ Azhar Mohamed Isa disini semalam..
Forum Belia berkaitan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ini merupakan kesinambungan daripada tiga siri Persidangan Meja Bulat Belia mengenai GST yang telah pun dilaksanakan sebelum ini melibatkan mahasiswa,Persatuan Pemimpin, NGO’s, Persatuan Peniaga ,dan kakitangan akademik.
Selain itu, Forum dan Dialog ini juga dapat meningkatkan satu “ inquiry mind ” dikalangan generasi muda mengenai inisiatif yang membawa input kepada kehidupan mereka untuk menyebarluaskan GST kepada golongan belia sebagai kumpulan sasar sebagai persediaan awal sebelum pelaksanaannya tahun depan.
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor melaksanakan Forum dan Dialog Belia mengenai isu GST untuk memberi peluang kepada generasi muda untuk mengetengahkan suara mereka sehingga ke perinkat tertinggi.
Berdasarkan persetujuan dan kelulusan program tersebut, siri forum ini akan dilaksanakan di enam lokasi Pusat Transformasi Bandar dan Luar Bandar (UTC dan RTC) di Johor Bahru, Kota Bharu, Melaka, Kota Kinabalu, Gopeng dan Pekan.
Oleh: Muhammad Zahid Alif Bin Abdul Aziz (Unit Komunikasi Korporat)
zThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Disunting oleh: Dr.Wasitah Bt Mohd Yusof (CEO IYRES)