Description |
Tahap Penerimaan Belia Terhadap Perlembagaan Persekutuan Malaysia: Kajian di Lembah Kelang
Nazri Muslim Pusat Citra Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan belia terhadap Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 400 responden yang dipilih sekitar Lembah kelang. Data kajian diperoleh melalui soal selidik yang dianalisis menggunakan program SPSS. Untuk itu, statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, statistik jadual silang (cross tabulation) dan correlation coefficient digunakan bagi menerangkan latar belakang responden dan tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan belia terhadap perlembagaan. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan belia terhadap Perlembagaan Persekutuan diterima dengan baik iaitu melebihi 65% di tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan faktor-faktor etnik, agama, aliran pendidikan sekolah rendah dan menengah sangat mempengaruhi tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan belia terhadap Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi menangani isu yang berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Katakunci: Belia, Etnik, Perlembagaan Persekutuan, Kontrak Sosial, Unsur Tradisi |