kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Artikel IYRES: Belia Dan Ancaman ISIS di Malaysia

Title Belia Dan Ancaman ISIS di Malaysia
Author UNIT PENERBITAN
Published Year 2016
Download
Description

Belia Dan Ancaman ISIS di Malaysia

Prof. Madya Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani

Dr. Che Mohd Aziz Yaacob

Dr. Bakri Mat

Dr. Fakhrorazi Ahmad

Dr. Rusdi Omar

Dr. Kamarul Zaman Hj. Yusoff

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Abstrak

Kemunculan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) telah mengejutkan masyarakat antarabangsa lebih-lebih lagi selepas tersebar  video pemenggalan kepala wartawan Barat melalui internet. Keganasan yang dirancang oleh kumpulan ini dan kejayaan menakluki banyak kawasan tanah di Syria dan Iraq dalam tempoh yang singkat telah menjadikannya musuh nombor satu bagi kebanyakan negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Negara-negara Islam seperti Arab Saudi, Turki dan Indonesia. Kumpulan ini kini dianggap kumpulan pengganas paling berbahaya di dunia. Intipati perjuangan ISIS ini adalah untuk mewujudkan sebuah negara Islam di Syria dan Iraq. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa bahawa ISIL telah melakukan jenayah perang. Menurut laporan mereka sekurang-kurangnya 9,347 orang awam telah terbunuh dan sekurang-kurangnya 17,386 cedera dalam tempoh lapan bulan pertama 2014. Kaedah kekerasan yang digunakan oleh militan ISIS telah dianggap sebagai jenayah dan  bercanggah dengan ajaran Islam. ISIS berjaya menarik simpati dan sokongan  ramai rakyat Malaysia termasuk untuk menyertai mereka di Iraq dan Syria. Sebagai sebuah negara majoriti Muslim, pengaruh ISIS di Malaysia dianggap sebagai satu ancaman kepada keselamatan dan kestabilan negara. Apa yang lebih membimbangkan sekarang adalah penyebaran ideologi keganasan ISIS terhadap  belia di Malaysia yang boleh membahayakan orang Islam dan bukan Islam. Jika ianya tidak dicegah dari awal, ianya akan membahayakan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama melalui aktiviti-aktiviti keganasan. Artikel ini memberi tumpuan kepada ancaman ISIS di Malaysia dan bagaimana ia mempengaruhi belia Malaysia untuk menyertai kumpulan militan. Ia juga menggambarkan kemunculan ISIS sebagai satu ancaman baru kepada global dan kawasan serantau serta langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia untuk menangani ancaman ISIS.   

 

Kata kunci: ISIS, Malaysia, keganasan, media sosial, Islam

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.