kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Artikel IYRES: Keupayaan Meneroka Pasaran Baru Pks Belia Melalui Penggunaan Ict Serta Aktiviti R&D Satu Penilaian Di Malaysia

Title Keupayaan Meneroka Pasaran Baru Pks Belia Melalui Penggunaan Ict Serta Aktiviti R&D Satu Penilaian Di Malaysia
Author UNIT PENERBITAN
Published Year 2016
Download
Description

KEUPAYAAN MENEROKA PASARAN BARU PKS BELIA MELALUI PENGGUNAAN ICT SERTA AKTIVITI R&D: SATU PENILAIAN DI MALAYSIA

 

SARIDAN ABU BAKAR & SITI ASIAH MD SHAHID

 

ABSTRAK

PKS dianggap penting terhadap pembangunan ekonomi Malaysia yang banyak menyumbang kepada peluang pekerjaan (56%) dan eksport negara (19%).  Sumbangan IKS kepada ekonomi negara juga dapat dilihat sebagai penstabil kepada situasi sosial dan politik negara.  Disamping itu, PKS juga banyak dikaitkan dengan sumbangan mereka kepada aktiviti inovasi melalui penghasilan produk dan proses baru.  Oleh yang demikian, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji tahap transformasi perusahaan mikro milikan usahawan belia bumiputera kepada PKS bagi tahun 2012 hingga 2014 untuk menilai sumbangan belia terhadap ekonomi negara.

Dapatan kajian menunjukkan tahap keupayaan PKS belia masih lagi berada pada tahap yang sederhana dan rendah.  Sebahagian besar PKS hanya memasarkan produk di peringkat daerah dan keupayaan mereka untuk meneroka peluang pasaran baru adalah sederhana.  Selain daripada itu, tahap penggunaan teknologi maklumat dan komputer (ICT) yang juga pada tahap yang sederhana.  Keupayaan PKS di dalam menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) juga sederhana dan sebahagian besar daripadanya juga tidak mempunyai peruntukan untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Kata Kunci:       Belia, PKS, Perusahaan Mikro, Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.