kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

IBM - Skor IBM

[ Pengenalan | Kaedah Pembentukan Skor Indeks | Skor IBM | Rumusan IBM ]
Secara keseluruhan skor IBM ’08 adalah 70.0 dan berada di tahap kategori BAIK. Jika dibandingkan dengan skor tahun asas iaitu IBM ’06 yang berjumlah 68.7, bolehlah dikatakan telah berlaku peningkatan skor IBM semasa. Skor IBM ’08 menunjukkan kualiti hidup dan kesejahteraan hidup belia di Malaysia bertambah baik secara keseluruhannya.
Jadual 1. Indeks Belia Malaysia 2008
DOMAIN
SKOR 2006
SKOR 2008
Pembangunan Kendiri
68.8
66.5
Hubungan Sosial
73.5
66.7
Identiti
57.2
63.7
Potensi Diri
59.2
63.9
Waktu Senggang
21.0
29.3
Kesihatan
97.7
97.1
Ketembusan Media
84.8
85.0
Tingkahlaku Devian
87.4
87.8
Skor IBM
68.7
70.0

Walaupun secara keseluruhan skor IBM ’08 meningkat tetapi dalam beberapa domain terdapat penurunan skor menggambarkan prestasi domain yang menurun. Di antara domain skor yang menurun adalah domain Pembangunan Kendiri, Hubungan Sosial dan Kesihatan. Di antara skor domain yang meningkat menggambarkan prestasi yang lebih baik adalah domain Identiti, Potensi Diri, Waktu Senggang, Ketembusan Media dan Tingkah Laku Devian. IBM’08 masih lagi menganggap semua domain mempunyai pemberat yang sama. Mungkin pada masa akan datang apabila lebih banyak maklumat kajian diperoleh, boleh ditentukan dengan pasti domain yang manakah seharusnya mempunyai pemberat yang lebih. Ini disebabkan setiap domain mempunyai pengaruh yang tertentu di dalam menentukan kualiti hidup dan kesejahteraan hidup.

Di antara asas pembangunan belia yang penting adalah berkaitan dengan domain Pembangunan Kendiri. Golongan belia perlu mempunyai ciri­ciri asas seorang insan yang baik dan positif. Domain Pembangunan Kendiri ini merangkumi tujuh indikator iaitu penghargaan kendiri, efikasi diri, motivasi, emosi, asertif, tidak murung dan tiada tekanan.

IBM’08 menunjukkan skor domain Pembangunan Kendiri adalah 66.5 iaitu berada di tahap BAIK sahaja. Skor ini walaupun sedikit menurun daripada skor IBM‘06 iaitu 68.8 tetapi tidak banyak mengubah nilai prestasi domain berkenaan.

Domain seterusnya adalah domain Hubungan Sosial. Dalam IBM’06 domain ini hanya mempunyai satu indikator iaitu hubungan dengan ibu bapa. Tetapi dalam IBM’08 telah ditambah dua indikator lagi iaitu hubungan dengan masyarakat dan hubungan dengan rakan-rakan. Skor domain untuk 2008 adalah 66.7 yang menunjukkan berada di tahap BAIK. Skor ini tidak dibandingkan dengan skor 2006 kerana mempunyai komponen indikator yang berbeza.

Masa depan belia adalah penting untuk negara. Untuk terus maju negara memerlukan belia yang mempunyai identiti diri sebagai warga Malaysia yang mempunyai daya saing, semangat sukarelawan, patriotik, bersatu padu dan juga mengambil bahagian dalam proses politik. Berdasarkan indikator tersebut, skor doman Identiti untuk 2008 adalah 63.7 iaitu satu peningkatan daripada skor 57.2 dalam IBM’06. Walau bagaimanapun skor domain ini masih terus kekal di tahap BAIK.

Pembangunan belia juga perlu memupuk potensi diri golongan belia. Di antara matlamat negara adalah untuk melahirkan belia yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan, bersedia untuk menjadi keusahawanan dan mempunyai kemahiran tertentu. Dalam konteks ini, skor domain sebanyak 59.2 dalam IBM ‘06 telah meningkat kepada 63.9 dalam IBM’08 . Peningkatan skor ini menggambarkan lebih ramai golongan belia sudah mula mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk lebih menyerlahkan potensi diri mereka. Sungguhpun demikian, skor domain 63.9 ini masih berada di tahap BAIK.

Satu lagi domain yang menarik perhatian ramai adalah domain Waktu Senggang. Dalam IBM’06 skor domain ini adalah 21.0 yang menunjukkan sebilangan besar golongan belia tidak terbabit dalam aktiviti bersukan, bersenam ataupun menganggotai persatuan­-persatuan. Sekali lagi dalam IBM’08 domain Waktu Senggang masih menunjukkan skor yang rendah iaitu sebanyak 29.3. Bezanya peningkatan skor tersebut telah menjadikan domain tersebut beralih daripada kedudukan tahap ‘Kurang Baik’ kepada kedudukan tahap ‘Sederhana Baik’. Usaha perlu dilipat gandakan untuk menarik golongan belia mengisi waktu sengang dengan lebih positif lagi.

Dari segi domain Kesihatan pula, golongan belia berada di tahap kesihatan yang sangat baik. Ini bermaksud, golongan belia tidak banyak menghadapi penyakit seperti penyakit asma, jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan juga tidak mengalami masalah berat badan. Skor domain Kesihatan adalah 97.1 dalam IBM’08 berbanding dengan 97.7 dalam IBM’06. Walaupun skor 2008 menurun sedikit daripada skor 2006 tetapi dari segi tahap prestasi ia masih lagi berada di tahap SANGAT BAIK.

Isu ketembusan media ada kaitan dengan isu jurang digital. IBM’08 mendapati, skor domain ketembusan media adalah 85.0 iaitu meningkat sedikit daripada skor 84.8 dalam IBM’06. Skor domain ini terus menunjukkan bahawa golongan belia mempunyai pendedahan kepada pelbagai media yang tinggi, sama ada kepada media massa seperti radio, televisyen dan akhbar, atau pun kepada media yang berasas teknologi komunikasi baru seperti telefon bimbit, komputer dan internet. Golongan belia berada di tahap SANGAT BAIK dari segi pendedahan mereka kepada pelbagai media.

Dalam IBM 2008 ini, di dapati sebahagian besar daripada golongan belia tidak terlibat dalam salah laku devian. Ini jelas dengan skor domain Tingkah Laku Devian sebanyak 87.8. Ini bermaksud tahap tidak terlibat belia dalam tingkah laku devian berada di tahap yang SANGAT BAIK. Skor ini terus menunjukkan walaupun terdapat belia yang terbabit dalam salah laku tetapi pada keseluruhannya proposi bilangan yang terbabit adalah kecil. Majoriti daripada golongan belia adalah tidak terbabit dalam salah laku yang sering kali dikaitkan dengan belia itu. Skor domain tingkah laku devian ini walaupun meningkat berbanding dengan IBM’06 (87.4), tetapi kadar peningkatan itu adalah lebih kecil dan tidak signifikan.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.