Buletin FAKTA 2008
[ 2015 l2014 | 2013 | 2012 | 2011 | 2010 | 2009 | 2008 | 2007 ]
|
Edisi 1 - Mac 2008 : Bersesuaian dengan isu semasa Pilihan Raya Umum ke 12, Buletin FAKTA membawa belia ke arah pandangan menerusi fakta yang dipaparkan hasil daripada kajian oleh IPPBM. Pembaca juga diperkenalkan kepada penerbitan Pemetaan Belia Malaysia yang merupakan produk terbaru IPPBM. Buku tersebut terhasil daripada portal yang diterjemahkan daripada kajian yang telah dijalankan oleh IPPBM. Muat turun |
Edisi 2, Julai 2008 |
Edisi 2 - Julai 2008 : Mesyuarat Menteri-Menteri Belia Komanwel yang ke-7 (7CYMM) telah diadakan di Colombo, Sri Lanka dengan bertemakan “Youth and Peace – Building”. Sebagai usaha untuk membangunkan kedamaian atau peace-building ini, 7CYMM telah membincangkan satu cadangan Youth Mainstreaming as a Strategic Tool for Youth Development. Ini merupakan satu strategi untuk mengintegrasikan keterlibatan, keperluan, dan pandangan belia di dalam semua aspek atau projek yang akan membina suasana kedamaian.
|
Edisi 3, Sept 2008 |
Edisi 3 - Sept 2008 : Bagi keluaran edisi 3 kali ini mengenai Suara Belia. Melalui suara, pendapat dan perjuangan generasi muda yang lahir daripada golongan cendiakawan mampu diterima dan didengari oleh rakyat. Ini bagi membuktikan bahawa generasi muda mampu menjadi pencetus kepada ideologi dan semangat baru. Melalui pecambahan idea-idea berterusan daripada golongan belia amatlah penting bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar dan perancangan untuk pembagunan dan kesejahteraan rakyat.
|
Edisi 4, Dis 2008 |
Edisi 4 - Dis 2008 : Melalui kajian Perubahan Nilai Budaya Malaysia, sekiranya tidak dipantau secara komited akan menyaksikan belia kita mengubah corak pemikiran mengikut peredaran masa. Semua pihak perlu bertanggungjawab dalam usaha memperkasakan nilai budaya belia agar golongan muda yang dilabel sebagai sebagai asset negara ini tidak terus alpa dalam kemodenan global.
|