kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

 Fakta Belia Malaysia Edisi Ke-II

Fakta Belia Malaysia 2010, merupakan hasil himpunan data-data yang diperolehi daripada pelbagai sumber. Tujuan utamanya adalah untuk memudahkan kita memahami generasi muda melalui data-data yang dapat memberikan gambaran mengenai kedudukan mereka baik secara demografi, emosi mahupun gaya hidup.

Maklumat yang disediakan adalah ringas dan mudah untuk digunakan oleh semua pihak, sama ada pegawai, pekerja belia, atau individu yang ingin merancang program ataupun sekadar ingin memahami generasi belia secara lebih dekat.

Fakta yang dipaparkan diperolehi melalui kaedah pengumpulan data sekunder dan data primer. Maklumat daripada data sekunder meliputi maklumat yang dibekalkan oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan manakala data primer diperolehi melalui hasil penyelidikan yang dilaksanakan oleh pihak IPPBM.

Fakta Belia Malaysia Edisi Kedua ini mengandungi 12 tajuk utama yang menyentuh mengenai profil penduduk, pekerjaan, pendidikan, kesihatan, literasi media, sosialisasi politik, kelab dan persatuan, sukan dan rekreasi, prasarana, sukarelawan dan tingkahlaku devian.

Penerbitan buku ini diharapkan akan dapat membantu dan memberi sumbangan kepada semua pihak khususnya yang ingin mendapatkan fakta berhubung isu belia di Malaysia.

  1. Profil Penduduk
  2. Pekerjaan
  3. Pendidikan
  4. Kesihatan
  5. Literasi Media
  6. Kelab dan Persatuan Belia
  7. Sukan dan Rekreasi
  8. Prasarana
  9. Penglibatan Politik
  10. Sukarelawan
  11. Tingkahlaku Delinkuen

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.