kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

 Indeks Belia Malaysia 2011

 PENGENALAN

Indeks Belia Malaysia (IBM) adalah instrumen yang dibentuk bertujuan memantau perkembangan kualiti hidup dan kesejahteraan generasi belia di Malaysia. Kejayaan penghasilan IBM pertama pada tahun 2006 dan kedua pada tahun 2008 menjadi asas kukuh kepada pembentukan IBM untuk tahun 2011. Pembentukan IBM membolehkan pihak bertanggungjawab berkaitan dengan pembangunan belia memantau pola perkembangan gaya hidup dan gaya fikir generasi belia masakini. Walaupun Indeks ini tidak secara langsung mengukur keberkesanan pelbagai program pembangunan belia yang telah dilaksanakan, IBM memberikan maklumat penting tentang ruang dan bidang yang boleh dijadikan tumpuan program pembangunan generasi belia Malaysia.

IBM’06 dan IBM’08 memberikan manfaat kepada pelbagai pihak kerana ia memberikan indikator yang boleh diukur bagi memantau perkembangan pelbagai aspek dalam pembangunan generasi belia. Seperti yang dicadangkan Jawatankuasa Kabinet mengenai Dasar Sosial, data IBM dipantau dan dikemaskini secara berkala agar sesuatu hasil yang dapat dianalisis bagi menentukan bidang keperluan pelaksanaan program pembangunan generasi belia.

Pembentukan IBM juga memberikan panduan kepada semua pemegang taruh termasuk pekerja belia untuk mengenal pasti bidang tumpuan yang memerlukan penambahbaikan dalam usaha meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup generasi belia secara menyeluruh. Transformasi pembangunan belia yang lebih berfokus perlu diwujudkan supaya potensi generasi belia dapat dibimbing dan disokong agar jatidiri belia dapat diserlahkan sepertimana termaktub dalam Dasar Pembangunan Belia Negara.

Indikator yang digunakan dalam IBM adalah ke arah mengukur pembangunan belia positif dan mengenal pasti pola gaya fikir dan gaya hidup belia Malaysia masa kini. Indikator positif bertujuan menggambarkan matlamat melahirkan generasi belia yang memiliki kualiti modal insan positif ke arah merealisasikan Wawasan 2020. IBM’11 mengandungi 62 indikator yang dikelompokkan dalam sembilan domain berbanding lapan domain dan 47 indikator pada IBM’08. Pertambahan domain Kesejahteraan Ekonomi dan 21 indikator baharu ini amat penting bagi meninjau realiti perkembangan belia semasa secara lebih menyeluruh.

Sembilan DOMAIN yang menjadi teras IBM’11 adalah:

1. Pembangunan Kendiri

2. Hubungan Sosial

3. Identiti

4. Potensi Diri

5. Waktu Senggang

6. Kesihatan

7. Ketembusan Media

8. Tingkah Laku Devian

9. Kesejahteraan Ekonomi

INDEKS BELIA MALAYSIA (IBM) 2011:

METODOLOGI

KAEDAH PEMBENTUKAN SKOR INDEKS

INDEKS BELIA MALAYSIA (IBM)

SKOR INDEKS BELIA MALAYSIA (IBM)

PERBANDINGAN SKOR IBM'06, IBM'08 DENGAN IBM'11

KESIMPULAN


(Klik untuk Muat Turun format PDF)

[ INDEKS BELIA MALAYSIA (IBM) 2008 ]

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.