kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Domain Indeks Belia Malaysia (IBM)

3. IDENTITI

Skor bagi domain Identiti ialah 58.0 menunjukkan bahawa remaja Malaysia masih lagi mengekalkan identiti mereka sebagai rakyat Malaysia, namun masih ada ruang untuk penambahbaikan dilakukan. Domain Identiti merupakan indikator penting bagi kestabilan dan pertumbuhan masa depan. Walaupun skor bagi tahun 2011 adalah baik, namun begitu masih lagi menunjukkan penurunan berbanding skor pada tahun 2008, iaitu 63.7. Penurunan boleh dilihat melalui penyusutan nilai dalam kelimalima indikator. Skor rendah yang berterusan bagi indikator Sosialisasi Politik sejak tahun 2006 menggambarkan kurangnya penglibatan belia terhadap proses politik, sedangkan ianya penting dalam mengukur sistem demokrasi Malaysia secara keseluruhannya.

Walau bagaimanapun tahap penglibatan yang rendah dalam kalangan belia Malaysia adalah selaras dengan kebanyakan negara lain termasuk di kebanyakan negara maju yang turut sama berhadapan dengan isu penglibatan golongan muda dalam proses politik. IBM’11 turut memuatkan indikator baru, iaitu Pendayaupayaan yang mana dapat mengukur perasaan kepunyaan dan keupayaan melaksanakan perubahan dalam komuniti.

 

• Penglibatan belia dalam kesukarelawanan pada tahun 2011 (65.4) menunjukkan sedikit pengurangan berbanding tahun 2008 (67.4), tetapi masih lagi tinggi berbanding skor tahun 2006, iaitu 48.1.

• Semangat perpaduan dalam kalangan belia berbilang kaum juga menunjukkan sedikit pengurangan berbanding skor tertinggi, iaitu 76.0 pada tahun 2008 kepada 71.1 pada tahun 2011.

• Skor indikator bagi Pendayaupayaan belia untuk pertama kali adalah 55.8 yang menunjukkan skor yang sederhana bagi golongan belia Malaysia dalam soal semangat pendayaupayaan dan memerlukan perhatian pembuat dasar. Indikator ini mencerminkan pandangan golongan belia berkenaan perasaan kepunyaan dalam komuniti mereka. Ini penting untuk menjadikan mereka rakan kepada pembangunan negara.

Berdasarkan skor indikator dalam Jadual 5, kita dapat membuat kesimpulan bahawa :

• Skor bagi indikator Daya Saing adalah menurun dari 64.3 pada 2008 kepada 56.6 pada 2011.

 
     
[ kembali ]

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.