kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

  Kaedah Pembentukan Skor Indeks

Berdasarkan kepada Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007, belia Malaysia adalah didefinisikan sebagai mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. Sehubungan dengan Indeks Belia Malaysia 2006 dan 2008, Indeks Belia Malaysia 2011 (IBM ’11) dibina untuk menyediakan laporan yang komprehensif berkaitan kualiti hidup dan juga kebajikan belia di Malaysia. Sejumlah 5720 sampel responden dalam kalangan belia telah dipilih berdasarkan populasi nasional, dengan mengambil kira jantina, keturunan, kategori umur dan penempatan. Kajian lapangan bagi kutipan data telah dijalankan bermula Februari sehingga Julai 2011.

Dalam pembinaan IBM ’11, satu domain baru iaitu kesejahteraan ekonomi telah ditambah kepada lapan domain yang sedia ada untuk mewakili kualiti kesejahteraan ekonomi belia Malaysia. Bagi menambah sensitiviti ditambah berdasarkan kepada kepentingan keduanya. Kelangsungan daripada perbincangan bersama Kementerian Kesihatan, empat indikator baru telah dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam domain kesihatan. Bagi tingkah laku devian, tujuh indikator baru ditambah manakala bagi waktu senggang satu indikator baru ditambah.

Indeks Belia Malaysia menggunakan skor 100 sebagai skor maksimum. Semakin tinggi skor, maka lebih baik kualiti hidup keseluruhan belia Malaysia. Bagi memudahkan pemahaman tentang prestasi belia bagi setiap domain, skala di bawah digunakan.

Untuk mendapatkan skor indeks belia Malaysia, purata skor bagi semua 9 domain dikira. Daripada purata skor setiap indikator, skor domain diperolehi.

[ kembali ]

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.