kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Domain Indeks Belia Malaysia (IBM)

9. KESEJAHTERAAN EKONOMI

Indeks Kesejahteraan Ekonomi merupakan domain yang baru diperkenalkan pada 2011 bagi melengkapkan domain sedia ada dalam pengukuran IBM. Terdapat empat indikator yang digunakan bagi mengukur Kesejahteraan Ekonomi, iaitu Jaminan Kewangan, Kebebasan Kewangan, Penggajian, dan Kebolehpekerjaan. Jadual 14 menunjukkan skor indeks bagi domain Kesejahteraan Ekonomi. Skor Indeks keseluruhan iaitu 46.9 adalah sederhana dengan Kebebasan Kewangan mencatatkan skor paling rendah (43.0). Dari segi kebolehpekerjaan pula, 48% responden bersetuju bahawa adalah sukar untuk mendapat pekerjaan yang setara dengan kelayakan mereka.

 

Secara ringkasnya, skor indeks yang sederhana bagi domain Kesejahteraan Ekonomi dijelaskan oleh pendapatan yang kurang mencukupi dan tahap kebolehpekerjaan yang boleh dikategorikan sebagai rendah yang seterusnya membawa kepada kurangnya tahap jaminan kewangan. Keadaan ini mungkin dapat dijelaskan dengan faktor ekonomi yang terkesan daripada krisis ekonomi global.

Analisis secara lebih terperinci menunjukkan 60% daripada responden bersetuju yang mereka tidak mempunyai pendapatan tetap dan mencukupi bagi memenuhi keperluan dan 77% berasa bimbang dengan kedudukan kewangan mereka. Hampir 74% daripada responden bersetuju yang mereka perlu melakukan kerja tambahan atau kerja lebih masa sebagai pelengkap kepada pekerjaan utama.

Manakala 45% pula bersetuju yang mereka tidak mempunyai simpanan di masa kecemasan. Tahap kebebasan kewangan adalah sederhana di mana 63% responden menyatakan mereka risau terhadap ketidakupayaan mereka untuk membayar balik pinjaman. Dari segi kebolehpekerjaan pula, 48% responden bersetuju bahawa adalah sukar untuk mendapat pekerjaan yang setara dengan kelayakan mereka.

 
     
[ kembali ]

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.