Domain Indeks Belia Malaysia (IBM) 6. KESIHATAN |
||
Lapan indikator telah digunakan untuk mengukur indeks domain Kesihatan pada tahun 2006 dan 2008. Oleh kerana masalah kesihatan juga merupakan satu masalah yang dihadapi oleh golongan belia, maka empat indeks baru telah ditambah untuk mengukur indeks domain Kesihatan pada tahun 2011 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 11. |
Berdasarkan kepada skor-skor indikator kesihatan ini, boleh dirumuskan bahawa tahap kesihatan para belia Malaysia adalah sangat baik. |
|
Berdasarkan kepada skor indikator tahun 2006 dan 2008, terdapat peningkatan pada skor 2011. Skor pada tahun 2006 adalah 97.7 dan skor pada tahun 2008 adalah 97.1 berbanding skor tahun 2011, iaitu 97.9. Ini menunjukkan bahawa jumlah belia yang menghadapi penyakit-penyakit yang tersenarai telah berkurangan. Walaupun dengan adanya empat indikator baru, skor indikator Kesihatan secara keseluruhannya tidak banyak berbeza; sedikit penurunan daripada 97.9 kepada 97.4. Skor ini tidak banyak berbeza berbanding dengan skor tahun 2006 dan tahun 2008 iaitu 97.7 dan 97.1. |
||