kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Domain Indeks Belia Malaysia (IBM)

1. PEMBANGUNAN KENDIRI

Terdapat dua indikator baru dalam IBM’11 berbanding IBM’06 dan IBM’08. Dua indikator tersebut adalah Integriti dan Keagamaan. Skor keseluruhan untuk domain Pembangunan Kendiri tanpa dua indikator baru bagi tahun 2011 adalah 65.8 menunjukkan penurunan sebanyak 0.7. Penurunan ini mungkin dipengaruhi oleh tiga indikator utama, iaitu Kecerdasan Emosi, Asertif dan Tiada Tekanan di mana masing-masing mempunyai skor yang rendah secara relatif. Walau bagaimanapun, skor keseluruhan Pembangunan Kendiri menunjukkan sedikit peningkatan, iaitu sebanyak 0.7 dan ia berkemungkinan dipengaruhi oleh dua indikator baru tersebut. Perlu ditekankan bahawa perbandingan yang dilakukan di dalam skor ini tidak boleh dilakukan secara terus disebabkan oleh penambahan item dan indikator dalam domain Pembangunan Kendiri. Data terperinci bagi setiap indikator pada domain tersebut adalah seperti berikut:

Berdasarkan data, indikator-indikator tertentu memberi gambaran bahawa perhatian serius perlu diberikan oleh pemegang taruh yang membangun generasi belia. Jadual 3 jelas menunjukkan bahawa:

• Tiga indikator pertama domain Pembangunan Kendiri tidak menunjukkan banyak perbezaan berbanding tahuntahun sebelumnya.

• Tiga indikator seterusnya iaitu Kecerdasan Emosi, Tiada Tekanan dan Tiada Kemurungan menunjukkan perbezaan yang ketara di mana Kecerdasan Emosi melonjak sebanyak 22.7 dalam masa dua tahun manakala skor Tiada Tekanan menurun sebanyak 17.5. Tiada Kemurungan pula menunjukkan perbezaan yang ketara dalam masa enam tahun di mana skor bagi tahun 2011 meningkat sebanyak 19.4 berbanding skor bagi tahun 2006. Salah satu kemungkinan bagi dapatan ini adalah walaupun belia Malaysia berada dalam keadaan tertekan, kecerdasan emosi yang meningkat dalam kalangan belia mengimbangi keadaan tersebut dan tidak membawa kepada kemurungan.

• Walaupun tahap Tiada Kemurungan menunjukkan skor yang baik, dalam konteks kesihatan mental jumlah 19.4 masih perlu diberi perhatian yang serius.

• Perbezaan yang ketara bagi ketiga-tiga indikator mungkin disebabkan oleh penambahan item kepada indikator-indikator tersebut.

• Walau bagaimanapun, IBM ’11 yang menggunakan indikator yang komprehensif menunjukkan bahawa Kecerdasan Emosi dan Asertif berada pada tahap sederhana manakala tahap Tekanan yang agak tinggi dalam kalangan populasi belia.

• Secara keseluruhannya skor bagi domain Pembangunan Kendiri berada pada tahap baik, namun penambahbaikan perlu dilakukan memandangkan indikator-indikator yang dikaji merupakan aset penting bagi pembangunan individu.

[ kembali ]

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.