kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Domain Indeks Belia Malaysia (IBM)

4. POTENSI DIRI

Indeks domain Potensi Diri belia dipantau dalam tiga bidang, iaitu Kepimpinan, Keusahawanan dan Kemahiran pada tahun 2006 dan 2008. Bagi meningkatkan penilaian domain Potensi Diri, dua indikator baharu, iaitu Sensitiviti dan Kesedaran Alam Sekitar dimasukkan menggantikan bidang Kemahiran pada tahun 2011. Secara umum, skor domain ini telah meningkat pada tahun 2011 (66.7) berbanding pada tahun 2008 (63.9) dan tahun 2006 (59.2). Dengan skor 66.7 menunjukkan keupayaan belia mencungkil potensi diri mereka berada di tahap yang baik dan masih banyak ruang untuk potensi belia ini diperkembangkan. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit penurunan pada skor indikator Kepimpinan dari 65.3 pada tahun 2008 kepada 56.6 pada tahun 2011.

 

• Skor indikator Kesedaran Alam Sekitar sebanyak 72.3 menunjukkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan alam sekitar dalam kalangan belia berada pada tahap yang baik.

Berdasarkan skor empat indikator dalam domain Potensi Diri, bolehlah dirumuskan bahawa:

• Minat belia Malaysia untuk menjadi usahawan telah meningkat dari 51.6 pada tahun 2006, 63.3 pada tahun 2008 kepada 68.6 pada tahun 2011.

• Ciri kepimpinan belia menunjukkan penurunan semenjak 2006 dan daripada 65.3 pada tahun 2008 kepada 56.6 pada tahun 2011, tetapi masih kekal di tahap baik.

• Skor indikator Sensitiviti sebanyak 69.1 menunjukkan belia Malaysia adalah sensitif terhadap perbezaan nilai, budaya dan interaksi antara kaum berada pada tahap yang baik.

 
     
[ kembali ]

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.