Domain Indeks Belia Malaysia (IBM) 5.2 KELAB DAN PERSATUAN |
||
Kelab dan Persatuan merupakan indikator kedua yang terkandung dalam domain Waktu Senggang. Sebanyak 9 subindikator telah digunakan untuk mendapatkan indeks indikator tersebut pada tahun 2006 dan 2008. Bagi mendapatkan indeks penglibatan belia dalam kelab dan persatuan dengan lebih menyeluruh, enam subindikator baru telah dimasukkan ke dalam domain ini pada tahun 2011 seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 9. |
Walau bagaimanapun, berbanding dengan tahun 2008 (10.9), terdapat peningkatan yang memberangsangkan bagi penglibatan dalam kelab dan persatuan pada tahun ini, iaitu 19.7. Seperti tahun 2006 dan 2008, di antara kesemua jenis aktiviti kelab dan persatuan yang disertai belia, kelab sukan berada pada tahap yang memuaskan, iaitu 38.0 dan pola ini menunjukkan peningkatan. Pada tahun 2011, enam sub indikator Kelab dan Persatuan baru telah ditambah kepada senarai sub indikator yang sedia ada. Skor keseluruhan indikator Kelab dan Persatuan selepas penambahan sub indikator ini tidak banyak berubah, iaitu 17.8 dan skor ini lebih tinggi berbanding skor tahun 2008, iaitu 10.9. Walaupun terdapat peningkatan dalam skor untuk tahun 2011, tetapi penglibatan belia Malaysia dalam kelab dan persatuan masih berada pada tahap yang rendah. |
|