Domain Indeks Belia Malaysia (IBM) 5.3 AKTIVITI MASA LAPANG |
||
Aktiviti Masa Lapang merupakan indikator ketiga dan indikator yang baru ditambah kepada penilaian domain Waktu Senggang pada tahun 2011. Sebanyak 10 subindikator telah digunakan untuk mengukur indikator Aktiviti Masa Lapang ini. Indikator Aktiviti Masa Lapang ini ditambah ke dalam penilaian domain Waktu Senggang ini kerana belia Malaysia masa kini bukan sahaja terlibat dalam aktiviti sukan, bersenam atau kelab dan berpersatuan pada waktu senggang, belia hari ini juga terlibat dalam banyak aktiviti lain yang tidak menjadi salah satu fokus dalam Indeks sebelum ini. Oleh itu para penyelidik telah mengenal pasti 10 aktiviti yang paling popular dalam kalangan belia. Ia dijadikan sebagai subindikator untuk mengukur indikator Aktiviti Masa Lapang seperti yang disenaraikan dalam Jadual 10. |
Daripada skor yang didapati, terdapat empat aktiviti masa lapang yang menunjukkan penglibatan belia pada tahap sangat baik. Antaranya Aktiviti Hiburan (83.3), Aktiviti Rekreasi (82.7), Hobi (75.2) dan Laman Sosial (66.7). Keenam-enam aktiviti masa lapang yang lain menunjukkan penglibatan belia berada pada tahap yang sederhana baik sahaja. |
|