kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PERSIDANGAN MEJA BULAT “CUKAI BARANG & PERKHIDMATAN (GST): APA PANDANGAN BELIA?”

 

Tarikh   :16 Mac 2014 (Ahad)
Masa   :9.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat  :Kompleks Belia Dan Sukan Johor
Tetamu Kehormat :YBhg Dato’ Azhar Mohamed Isa
  Timbalan Ketua Setiausaha (A&P)
  Kementerian Belia Dan Sukan
Peserta :115 Orang


RESOLUSI  PERSIDANGAN

 

Secara keseluruhan belia-belia di Zon Selatan bersetuju dengan pelaksanaan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) oleh pihak kerajaan di Malaysia dengan mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut iaitu :

 

(1)   Belia bersetuju supaya pihak kerajaan perlu memberi penerangan serta menyebarkan maklumat yang jelas dan tepat secara menyeluruh agar dapat meningkatkan tahap kefahaman terhadap pelaksanaan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) di peringkat akar umbi.

(2)   Belia bersetuju supaya pihak kerajaan membuat “engagement” dengan Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk diberi latihan dalam membantu memberi penerangan pelaksanaan GST kepada rakyat.

(3)   Belia bersetuju diadakan sesi dialog yang efektif antara pemimpin dengan rakyat bagi membolehkan setiap persoalan dapat di rungkai berkenaan Pelaksanaan GST.

(4)   Belia berpendirian supaya pihak Kerajaan melalui Kastam dan KPDNKK menggembleng sinergi dengan IYRES dalam menyebarluaskan GST dalam langkah advokasi pelaksanaan GST.

(5)   Belia berpendirian supaya pihak kerajaan memberi jaminan bahawa Implementasi GST tidak akan membebankan rakyat dengan kenaikan harga barang yang membawa kepada kos sara hidup yang tinggi.

(6)    Belia berpendirian supaya pihak Kerajaan perlu lebih telus dalam memberi penjelasan terhadap penggunaan hasil cukai GST agar rakyat memahami ke mana hasil cukai disalurkan dan bagaimana dibelanjakan.

(7)    Belia bersetuju semua pihak Kerajaan mempergiatkan lagi usaha menyebarkan maklumat berkaitan jenis barang/perkhidmatan yang tidak dikenakan GST.

(8)    Belia bersetuju agar hasil input yang diperolehi daripada persidangan ini dibincangkan ke dalam Makmal Kos Sara Hidup yang akan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.