kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Sidang Meja Bulat Pemikir Muda Malaysia – Kos Sara Hidup

MAKLUMAT AKTIVITI

Sidang Meja Bulat Pemikir Muda Malaysia – Kos Sara Hidup

Tarikh            : 9 Mei 2015

Tempat          : Bilik Mesyuarat Senat,

                     Universiti Kebangsaan Malaysia

Masa              : 8.30 pagi – 11.30 petang

Tetamu Kehormat  :       Y. Bhg. Tuan Lokman Hakim bin Ali

                                         Timbalan Ketua Setiausaha (A&P)

                                         Kementerian Belia dan Sukan

Peserta  :       200 Orang (40 latar belakang profesyen)

 

Bicara Kos Sara Hidup

Tarikh             : 9 Mei 2015

Tempat           : Dewan Canselor Tun Abdul Razak,

                        Universiti Kebangsaan Malaysia

Masa              : 8.30 pagi – 3.30 petang

Tetamu Kehormat   :    YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak

                                   Perdana Menteri  Timbalan Ketua Setiausaha (A&P)

                                   Kementerian Belia dan Sukan

Peserta                 :    3000 mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia 500 mahasiswa IPT lain 500 jemputan NGO (40 profesyen termasuk peserta sidang meja bulat)

 

 

LATAR BELAKANG

Dalam era globalisasi kini, kos sara hidup merupakan instrumen penting dalam memastikan Malaysia kekal relevan mencapai status negara maju menjelang Wawasan 2020. Pembentangan Belanjawan Negara setiap tahun yang sentiasa menitik beratkan masalah kos sara hidup memberi indikator penting bahawa sekiranya tidak ditangani dengan sewajarnya, masalah kos sara hidup ini mampu merubah sosio-ekonomi negara dan menggagalkan segala usaha ke arah mencapai status negara maju. Sungguhpun pelbagai dasar dan langkah diambil pihak kerajaan dalam menangani masalah kos sara hidup  ini, hakikatnya masih belum menangani masalah ini secara menyeluruh. Atas dasar itu, Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia menganjurkan Bicara Kos Sara Hidup Bersempena Perasmian Sidang Meja Bulat Pemikir Muda – Kos Sara Hidup.

 

 OBJEKTIF

  1.  Membuka peluang kepada para peserta terutama kepada generasi muda untuk menyuarakan pandangan, maklum balas mahupun reaksi berkaitan isu kos sara hidup pasca GST.
  2. Menyediakan platform bagi memberi penerangan dan maklumat yang jelas mengenai GST.
  3. Merumuskan input yang diterima daripada kalangan peserta untuk dijadikan sebagai dokumen yang akan diketengahkan ke peringkat Nota Jemaah Menteri.
  4. Mendokumenkan pandangan dan maklum balas peserta penggubalan dan penambahbaikan dasar serta sebagai rujukan.

 

ATURCARA PRA SIDANG MEJA BULAT BELIA

KOS SARA HIDUP (PASCA – GST) : 8 MEI 2015 – JUMAAT

 

8.30 pagi                    :           Sesi Pendaftaran & Sarapan Pagi

 9.00 pagi                    :           Pembentangan Kajian Keperluan Hidup Belia & Kos Sara

                                     Hidup Malaysia oleh Puan Shariffah Mamat, Eksekutif

                                            Penyelidik Kanan III, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia Slot 1 – Perumahan Belia

 11.00 pagi                 :           Slot 2 -  Kelangsungan Kos Sara Hidup

 12.00 tengahari        :           Makan Tengahari & Solat Jumaat

 2.45 petang               :           Slot 3 - Kebolehpekerjaan

 4.30 petang               :           Slot 4 – Sesi Pemikir Muda

 6.15 petang               :           Minum Petang & Bersurai

 

ATURCARA PRA SIDANG MEJA BULAT BELIA

KOS SARA HIDUP (PASCA – GST) : 9 MEI 2015 – SABTU

8.30 pagi                    :           Sesi Pendaftaran & Sarapan Pagi

9.00 pagi                    :           Slot 5 - Sesi Pemikir Muda

10.30 pagi                 :           Resolusi Sidang Meja Bulat

 11.15 pagi                 :           Bergerak Ke Dewan Utama Untuk Perasmian

(Dewan Canselor Tun Abdul Razak)

 11.25 pagi                 :           Peserta Sidang Meja Bulat Masuk Ke Dewan

 11.30 pagi                 :           Ketibaan Tetamu Jemputan

 11.45 tengahari        :           Ketibaan Tetamu Kehormat

 12.00 tengahari        :           Ketibaan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri Malaysia & Isteri

 12.05 tengahari        :           Nyanyian Lagu Negaraku, 1 Malaysia Dan Pemikir Muda

 12.10 tengahari        :           Bacaan Doa

 12.15 tengahari        :           Persembahan Multimedia

 12.20 tengahari        :           Kata Aluan Sdr. Mohd Rafiq Naiza Mohideen

                                                Presiden Pertubuhan Pemikir Malaysia

 12.25 tengahari        :           Ucapan Aluan Oleh YBhg Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia

 12.35 tengahari        :           Ucapan Perasmian Oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia

 12.50 tengahari        :           Gimik Perasmian Sidang Meja Bulat & Bicara Kos Sara Hidup Pemikir Muda Malaysia

                                             Penyerahan Resolusi Sidang Meja Bulat Pemikir Muda Malaysia – Kos Sara Hidup Pemikir Muda Malaysia

                                            Penyerahan Sijil Penghargaan Kepada Wakil-Wakil Profesyen

                                          *Tayangan Multimedia & Penyerahan Kad Semangat

 12.55 tengahari        :           Penyampaian Cenderahati

  1.0    tengahari           :           Sesi Bergambar

 1.05 tengahari          :           Makan Tengahari

 

1.20 tengahari          :           YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia & Isteri meninggalkan majlis

1.30 petang               :           Solat Zohor

 2.00 petang               :           Bicara 3 – Generasi Muda & Kos Sara Hidup

                                           YBhg Dato’ Dr. Sr. Kamarul Rashdan Hj. Salleh Presiden Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)

 3.15 petang               :           Jamuan Minum Petang / Bersurai

 PENCAPAIAN PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA: KOS SARA HIDUP PASCA GST

 Sidang Meja Bulat Belia: Kos Sara Hidup Pasca GST yang berlangsung di Dewan Senat, Bangunan Canselori UKM, Bangi telah merumuskan hasil resolusi seperti berikut:-

  1. ISU PERUMAHAN
  1. Golongan Belia MENGGESA pihak kerajaan mengambil kira golongan pekerja swasta dari pelbagai peringkat pendapatan dalam hal berkaitan pembentukan dasar dan polisi berkaitan pembelian rumah termasuk PRIMA;
  2. Golongan Belia MENGGESA pihak Kerajaan perlu melaksanakan kelonggaran kepada usahawan muda (bekerja sendiri) untuk memiliki rumah dengan kerjasama pihak bank;
  3. Golongan Belia MENCADANGKAN agar pihak Kerajaan mewujudkan one stop centre atau institusi berpusat untuk membekalkan bahan-bahan binaan bagi memastikan kawalan harga rumah dapat dilaksanakan;
  4. Golongan Belia MENCADANGKAN agar pihak Kerajaan membina perumahan sementara (rumah kontena) terutama kepada golongan belia bujang sebagai aset untuk memiliki rumah yang lebih selesa setelah melangkah ke alam perkahwinan;
  5. Golongan Belia MENGGESA pihak kerajaan memperluaskan skop pelaksanaan GST dengan memberi zero rated ke atas penjualan rumah kediaman dan bahan-bahan binaan perumahan;
  6. Golongan Belia MENGGESA pihak kerajaan MENGUATKUASAKAN Akta Kawalan Harga & Anti Pencatutan 2011 ke atas bahan-bahan binaan rumah bagi memastikan harga rumah dapat dikawal;
  7. Golongan Belia MENCADANGKAN agar pihak Kerajaan menetapkan 40% kuota pembinaan rumah kos rendah dalam Piawaian Perancangan Perumahan di setiap kawasan perumahan baru;
  8. Golongan Belia MENCADANGKAN agar pihak Kerajaan memberikan pengecualian duti setem kepada pemilikan perumahan yang PERTAMA sahaja;
  9. Golongan Belia MENGGESA pihak kerajaan mengawal ketat peruntukan rumah untuk bumiputera hanya dibeli oleh pembeli rumah bumiputera sahaja (kuota bumiputera);
  10. Golongan Belia MENGGESA agar pihak Kerajaan memperluaskan kaedah sewa beli ke atas pemilikan rumah kos rendah ke setiap negeri dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan;
  11. Golongan Belia MENGGESA agar pihak berkaitan memperluaskan pembinaan rumah berkonsepkan rumah pasang siap khas kepada belia dengan harga jualan di bawah RM100 ribu;
  12. Golongan Belia MENCADANGKAN agar memperkasakan NBOS di antara KBS, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pertanian dalam melatih graduan-graduan dalam industri pembinaan dan dalam masa yang sama mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja asing.

 B. KEPERLUAN HARIAN

13. Golongan Belia MENGGESA agar pihak kerajaan menerusi Jawatankuasa Public Accounts Committee (PAC) memastikan kawalan dan penguatkuasaan GST daripada segi harga barang;

14. Golongan Belia MENGGESA pihak kerajaan agar mengkaji semula dasar Gaji Minimum (RM900);

15. Golongan Belia BERPENDIRIAN agar pihak kerajaan mengalihkan peruntukan pemberian BR1M disalurkan kepada pembangunan prasarana termasuk subsidi utiliti.

16. Golongan Belia MENCADANGKAN agar pihak KPDNKK memberi tumpuan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas peniaga hypermarket daripada membuat pemantauan di peringkat peniaga kecil;

 C.  KEBOLEHPEKERJAAN

17. Golongan Belia MENCADANGKAN agar pihak kerajaan mewujudkan peluang pekerjaan berfokus di luar bandar bagi mengekang migrasi belia luar bandar ke bandar;

18. Golongan Belia MENEGASKAN agar pihak kerajaan memantau dan memperketatkan pewujudan institusi pendidikan swasta bagi mengatasi masalah kebanjiran siswazah yang tidak mempunyai peluang pekerjaan;

19. Golongan Belia MENCADANGKAN agar pihak kerajaan perlu konsisten dalam pelaksanaan perancangan Pelan Strategik Dasar berkaitan pendidikan.

20. Golongan Belia MENEGASKAN agar pihak kerajaan memantau dan mengawal kebanjiran kemasukan pekerja asing bagi memberi ruang peluang pekerjaan dalam kalangan belia tempatan.

21. Golongan Belia MENCADANGKAN agar pihak kerajaan membuat penambahbaikan ke atas Modul PLKN dengan menerapkan elemen keusahawanan;

 D.  PERKHIDMATAN

 22.Golongan Belia MENCADANGKAN agar pihak kerajaan mewujudkan Bank Belia dalam usaha pemilikan aset belia;

 23. Golongan Belia MENEGASKAN agar pihak kerajaan mengawal ketat organisasi pengangkutan awam supaya menjaga kualiti perkhidmatan dan MENGUTAMAKAN  keselamatan;

 24. Golongan Belia MENCADANGKAN agar pihak kerajaan memperluaskan sistem pengangkutan awam ke kawasan luar bandar.

 

 

 

 

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.