TAWARAN PENGAMBILAN ENUMERATOR SECARA SAMBILAN BAGI PELAKSANAAN KAJIAN HARI SUKAN NEGARA 2016 (HSN’16)
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) di bawah Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia (KBS) akan melaksanakan satu kajian penilaian sempena penganjuran Hari Sukan Negara 2016 ( HSN’16) pada 8 oktober 2016.
Skop Penyelidikan ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap kesedaran serta aspek “Tangible Outcome” dari pelbagai elemen mencakupi pembudayaan sukan dan gaya hidup sihat, perpaduan, sosio-ekonomi, serta melihat corak penglibatan dan kerjasama oleh syarikat-syarikat GLC/Korporat/Swasta ke atas inisiatif kementerian menganjurkan program Hari Sukan Negara 2016 bagi membantu usaha kerajaan untuk mencapai misi menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan (Sporting Nation) menjelang tahun 2020.
kajian ini akan dilaksanakan melibatkan 5 Zon di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi proses pungutan data dilapangan. Sehubungan dengan itu, Pihak IYRES ingin menawarkan kepada para belia yang berminat untuk menjadi Enumerator secara sambilan bagi membantu pihak IYRES dalam mengedarkan borang kaji selidik. Jumlah enumerator yang di perlukan seramai 95 orang dan setiap kawasan memerlukan 5 orang enumerator sahaja. kawasan-kawasan yang terlibat seperti berikut:
ZON | NEGERI | DAERAH | LOKASI |
JUMLAH RESPODEN YANG DI PERLUKAN |
Zon Selatan | Johor |
Johor Bahru
|
Hutan bandar Mutiara Rini, Johor Bahru (YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor)
|
5 ORANG |
Batu Pahat |
SMK Suria Perdana TMN. UPC Air Hitam TMN.Flora |
5 ORANG | ||
Negeri Sembilan | Tampin |
Padang Kompleks Gemencheh, Tampin (YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan)
|
5 ORANG | |
Port Dickson |
PBSD Port Dickson |
5 ORANG | ||
Zon Utara | Kedah | Kulim |
Dataran Sejahtera, Kulim (YAB Dato’ Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah, Menteri Besar Kedah) |
5 ORANG |
Pendang |
Mini Stadium Pendang |
5 ORANG | ||
Pulau Pinang |
Gelugor, Batu Uban
|
Kompleks Belia & Sukan, Pulau Pinang (Tuan Syed Shaari Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri P.Pinang)
|
5 ORANG | |
Perai |
SMK Perai Mega Mall Perai Mega Lane Perai Kolej Komuniti Bukit Mertajam |
5 ORANG | ||
Zon Timur | Terengganu |
Kuala Terengganu |
Dataran Pantai Batu Burok (YAB Hj. Ahmad razif Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu) |
5 ORANG |
Setiu |
PBSD Setiu Sungai Tarom |
5 ORANG | ||
Kelantan |
Kota Bharu |
IPG Pengkalan Chepa (YB dato’ Sri Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) |
5 ORANG | |
Pasir Mas |
PBSD Pasir Mas IPD Pasir Mas Kolej Vokasional Kolej Kejururawatan SMK Sultan Ibrahim 2
|
5 ORANG | ||
Zon Tengah | Wilayah Persekutuan Putrajaya | Persiaran Perdana, Presint 2 (berhadpan dengan MOF) | 5 ORANG | |
Selangor | Petaling Jaya |
e-Curve Damansara (Y.Bhg Dato’ Mohd Rosli Ramli, Pegawai Kemajuan Negeri Selangor) |
5 ORANG | |
Hulu Selangor |
Sekitar Kuala Kubu Bharu (Dewan Merdeka, Dewan KKB, Padang Awam, Taman Millenium, |
5 ORANG | ||
Sabah | Kota Kinabalu |
Kompleks Sukan Likas (YAB Datuk Panglima Musa Hj. Aman, Ketua Menteri sabah) |
5 ORANG | |
Tawau |
Padang Bandaran
|
5 ORANG | ||
Sarawak | Kuching |
Padang Merdeka, Kuching (YAB datuk Patinggi Tan Sri Dr. Hj. Adenan Hj. Satem, Ketua Menteri Sarawak) |
5 ORANG | |
Sibu |
Dataran Sibu Fasa 1&2 Bowling Centre Wong King Hou Green Park Dataran Sibu
|
5 ORANG |
Jika anda berminat untuk menjadi enumerator sambilan bagi pelaksanaan kajian ini, boleh daftar di link berikut:
http://ippbm.gov.my/index.php?option=com_rsform&view=rsform&formId=5&Itemid=313&lang=ms
Tarikh Tutup : 5 Oktober 2016 (Selasa)
Untuk sebarang maklumat lanjut berhubung pelaksanaan kajian ini, Tuan/puan boleh menghubungi pegawai kami:
- Cik Asnida Hamid 019-4137528
- En Mohd Rizal Mohd Sham 017-7378798