kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

TAWARAN PENGAMBILAN ENUMERATOR SECARA SAMBILAN BAGI PELAKSANAAN KAJIAN HARI SUKAN NEGARA 2016 (HSN’16)

TAWARAN PENGAMBILAN ENUMERATOR SECARA SAMBILAN BAGI PELAKSANAAN KAJIAN HARI SUKAN NEGARA 2016 (HSN’16)

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) di bawah Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia (KBS) akan melaksanakan satu kajian penilaian sempena penganjuran Hari Sukan Negara 2016 ( HSN’16) pada 8 oktober 2016.

Skop Penyelidikan ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap kesedaran serta aspek “Tangible Outcome” dari pelbagai elemen mencakupi pembudayaan sukan dan gaya hidup sihat, perpaduan, sosio-ekonomi, serta melihat corak penglibatan dan kerjasama oleh syarikat-syarikat GLC/Korporat/Swasta  ke atas inisiatif kementerian menganjurkan  program Hari Sukan Negara 2016 bagi membantu usaha kerajaan untuk mencapai misi menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan  (Sporting Nation) menjelang tahun 2020.

kajian ini akan dilaksanakan melibatkan 5 Zon di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi proses pungutan data dilapangan. Sehubungan dengan itu, Pihak IYRES ingin menawarkan kepada para belia yang berminat untuk menjadi Enumerator secara sambilan bagi membantu pihak IYRES dalam mengedarkan borang kaji selidik. Jumlah enumerator yang di perlukan seramai 95 orang dan setiap kawasan memerlukan 5 orang enumerator sahaja. kawasan-kawasan yang terlibat seperti berikut:

 

ZON NEGERI DAERAH LOKASI

JUMLAH RESPODEN YANG DI PERLUKAN

Zon Selatan Johor

Johor Bahru

Hutan bandar Mutiara Rini, Johor Bahru

(YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor)

5 ORANG

Batu Pahat

SMK Suria Perdana

TMN. UPC Air Hitam

TMN.Flora

5 ORANG
Negeri Sembilan Tampin

Padang Kompleks Gemencheh, Tampin (YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan)

5 ORANG
Port Dickson

PBSD Port Dickson

5 ORANG
Zon Utara Kedah Kulim

Dataran Sejahtera, Kulim

(YAB Dato’ Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah, Menteri Besar Kedah)

5 ORANG
Pendang

Mini Stadium Pendang

5 ORANG
Pulau Pinang

Gelugor, Batu Uban

Kompleks Belia & Sukan, Pulau Pinang (Tuan Syed Shaari Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri P.Pinang)

5 ORANG
Perai

SMK Perai

Mega Mall Perai

Mega Lane Perai

Kolej Komuniti Bukit Mertajam

5 ORANG
Zon Timur Terengganu

Kuala Terengganu

Dataran Pantai Batu Burok

(YAB Hj. Ahmad razif Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu)

5 ORANG

Setiu

PBSD Setiu

Sungai Tarom

5 ORANG
Kelantan

Kota Bharu

IPG Pengkalan Chepa (YB dato’ Sri Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri)

5 ORANG

Pasir Mas

PBSD Pasir Mas

IPD Pasir Mas

Kolej Vokasional

Kolej Kejururawatan

SMK Sultan Ibrahim 2

5 ORANG
Zon Tengah Wilayah Persekutuan Putrajaya Persiaran Perdana, Presint 2 (berhadpan dengan MOF) 5 ORANG
Selangor Petaling Jaya

e-Curve Damansara (Y.Bhg Dato’ Mohd Rosli Ramli, Pegawai Kemajuan Negeri Selangor)

5 ORANG
Hulu Selangor

Sekitar Kuala Kubu Bharu (Dewan Merdeka, Dewan KKB, Padang  Awam, Taman Millenium,

5 ORANG
Sabah Kota Kinabalu

Kompleks Sukan Likas (YAB Datuk Panglima Musa Hj. Aman, Ketua Menteri sabah)

5 ORANG
Tawau

Padang Bandaran

5 ORANG
Sarawak Kuching

Padang Merdeka, Kuching

(YAB datuk Patinggi Tan Sri Dr. Hj. Adenan Hj. Satem, Ketua Menteri Sarawak)

5 ORANG
Sibu

Dataran Sibu Fasa 1&2

Bowling Centre Wong King Hou

Green Park Dataran Sibu

5 ORANG


Jika anda berminat untuk menjadi enumerator sambilan bagi pelaksanaan kajian ini,  boleh daftar di link berikut:

http://ippbm.gov.my/index.php?option=com_rsform&view=rsform&formId=5&Itemid=313&lang=ms

Tarikh Tutup : 5 Oktober 2016 (Selasa)

Untuk sebarang maklumat lanjut berhubung pelaksanaan kajian ini, Tuan/puan boleh menghubungi pegawai kami:

  1. Cik Asnida Hamid                         019-4137528
  2. En Mohd Rizal Mohd Sham           017-7378798

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.