kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Proposed Terms of Reference

KUMPULAN SASAR 

Berikut digariskan profil pengambilan ahli akademik dan scholar dalam bidang pembangunan belia sebagai syarat-syarat penempatan di IYRES. Antaranya adalah sebagaimana berikut:-

1. Syarat utama adalah dalam kalangan individu yang mempunyai kelayakan akademik bermula Ijazah Kedoktoran (PhD) mengkhusus dalam sesuatu

bidang (expert in particular field);

2. Keutamaan diberikan kepada ahli akademik yang sedang menjalani cuti sabatikal.

3. Terbuka kepada ahli akademik dan profesional mengkhusus dalam bidang pembangunan belia;

4. Keutamaan diberikan kepada ahli akademik yang menjalani sabatikal dari mana-mana institusi pendidikan;

5. Berpengalaman luas dalam bidang penyelidikan khusus dalam bidang pembangunan belia;

6. Terbuka kepada warga negara Malaysia dan bukan warga negara;

7. Penempatan bersifat sepenuh masa dan separuh masa.

 

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Berikut digariskan peranan-peranan yang menjurus kepada “Coaching, Guidance and Mentoring” bagi ACAP yang akan ditempatkan di IYRES:-

1. Menghasilkan laporan penyelidikan/bahan penerbitan yang akan memberi impak tinggi kepada pembangunan fungsi dan peranan IYRES serta

memberikan manfaat kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia;

2. Bertindak sebagai Mentor Penyelidikan dengan kaedah transfer of knowledge and expertise dalam bidang penyelidikan kepada warga IYRES

yang terlibat secara langsung dengan melaksanakan penyelidikan sebagai aktiviti teras di IYRES.

3. Bertindak memberi khidmat nasihat kepakaran dalam menilai kertas perlaksanaan dan menghasilkan resolusi daripada program-program yang

bersifat KPI kepada YB Menteri

4. Bertindak memberi khidmat nasihat dalam proses penerbitan bahan ilmiah IYRES di samping menggunakan jaringan hubungan dalam pengumpulan

artikel untuk dimuatkan dalam jurnal tersebut.

5. Memberikan sepenuhnya komitmen dalam menjayakan aktiviti teras iaitu penyelidikan dan aktiviti sokongan penyelidikan walaupun berkhidmat

secara sangkutan iaitu tanpa terikat dengan masa bekerja 8.00 pagi – 5.00 petang;

6. Bertindak mempromosikan IYRES di peringkat nasional dan antarabangsa dalam pelbagai platform yang bersesuaian.

7. Bersedia untuk dihubungi pada waktu pejabat dan boleh menghadirkan diri di pejabat sewaktu khidmat kepakaran diperlukan.

8. Bagi mencapai semua tanggungjawab yang digariskan, ahli ACAP digalakkan untuk memahami visi dan misi IYRES dan juga Kementerian Belia dan Sukan.

 

KAEDAH PELAKSANAAN

 Kaedah pengambilan adalah sebagaimana digariskan sebagai di bawah:-

1. Bahagian Khidmat Pengurusan melalui Cawangan Pentadbiran dan Sumber Manusia, IYRES akan mengemukakan iklan tawaran penempatan

ACAP bagi mendapatkan permohonan daripada pihak yang berkelayakan;

2. Tempoh menjalani program secara minimum adalah enam (6) bulan dan maksimum adalah sembilan (9) bulan.

3. Pengambilan bagi program ini adalah terhad kepada tiga (3) pengambilan sahaja dalam satu-satu masa.

 

IMPLIKASI KEWANGAN

Kaedah pembayaran yang membawa kepada implikasi kewangan:

i) Merujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2005 bagi proses pembayaran khidmat kepakaran atau bayaran yang setara dengan kepakaran dan

pengalaman merujuk kepada permohonan dalam penempatan ACAP di IYRES; atau

ii) Elaun tetap bulanan dibayar pada kadar RM500 sebulan dengan implikasi kewangan sebanyak RM3,000.00 seorang bagi 6 bulan tempoh penempatan di

IYRES.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.