kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Management of Copyright

TAJUK

Pengurusan Produk Inovasi IYRES Sebagai Harta Intelek (IP)

LATAR BELAKANG

IYRES merupakan sebuah institusi penyelidikan yang bermatlamat untuk menjadi sebuah pusat rujukan yang terunggul. IYRES mempunyai pelbagai produk inovasi yang dihasilkan daripada penyelidikan yang bercorak intelektual yang perlu dipatenkan atau dilindungi sebagai Harta Intelek (IP). Produk inovasi ini berpotensi untuk dikomersialkan kepada agensi luar/ pihak lain yang dapat dijadikan rujukan dan manfaat bersama. Berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 30 Tahun 2009 Dasar Pengkormesialan Harta Intelek Hasil Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang dibiayai oleh Kerajaan, maka IYRES mengambil inisiatif untuk mengkormesialkan produk-produk inovasi yang telah dihasilkan daripada penyelidikan sebagai harta intelek melalui kaedah Pendaftaran Hak Cipta dan Cap Dagangan kepada Pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

APA ITU HAKCIPTA?

Hakcipta adalah Hak Ekslusif yang diberikan kepada pemilik/ pencipta karya bagi satu tempoh tertentu dan perlindungan adalah secara automatik sebaik sahaja memenuhi kriteria-kriteria yang diperuntukkan di bawah Akt Hak Cipta 1987.

APA ITU CAP DAGANGAN?

Cap Dagangan ialah apa-apa tanda yang digunakan di dalam perdagangan untuk membezakan barangan dan perkhidmatan seseorang peniaga daripada peniaga-peniaga yang lain. Cap Dagangan termasuklah perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi unsur-unsur tersebut.

OBJEKTIF

I. Mendapatkan perlindungan bagi produk-produk IYRES yang telah dihasilkan.

II. Menggalakkan reka cipta, kerja-kerja kreatif dan pemindahan teknologi hasil penyelidikan yang telah dijalankan

III. Mendapatkan sijil pendaftaran sah yang menjadi bukti sebagai pemilik sesuatu produk penyelidikan IYRES.

KAEDAH PELAKSANAAN

I. Membangunkan polisi Harta Intelek IYRES

II. Membangunkan prosedur Pengurusan Harta Intelek dalam sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2008) IYRES

I. Memastikan ketulinan (originality) dalam penghasilan iovasi

II. Mendaftarkan semua inovasi dengan Perbadanan Harta Intelek (MyIPO)

III. Memastikan staf yang menguruskan perlindungan dan pengkomersilan IP mengikut latihan dan pensijilan yang berkaitan

IV. Melaksanakan pengkomersilan inovasi IYRES

HASIL

I. Perlindungan harta intelek hasil produk IYRES

II. Mendapat hak eksklusif agar tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mana-mana pihak yang mungkin menggunakannya tanpa kebenaran.

III. Penjanaan pendapatan hasil royalti inovasi IYRES.

IV. Advokasi ke arah pembinaan budaya dan ekosistem inovasi dalam KBS.

BADAN BERTANGGUNGJAWAB

Unit Inovasi, Perundingan dan Pengkomersialan

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.