kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Pegawai Perhubungan Awam

PELUANG PEKERJAAN

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mempelawa warganegara yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di IYRES.

JAWATAN DITAWARKAN

1) Pegawai Perhubungan Awam Gred S41
Taraf Jawatan : Kontrak

SYARAT LANTIKAN

a) Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 25 tahun pada tarikh tutup iklan.

b) Kelayakan
(i) Kelayakan Masuk : Ijazah Sarjana Muda (Dengan Kepujian)
Syarat Lantikan Asas : Ijazah Sarjana Muda
Bidang : Komunikasi Korporat
(Perhubungan Awam) Gaji Permulaan : S41 : RM2,078.00

c) Kriterian yang diambil kira :

(i) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik;

(ii) Berpengalaman dan berkeyakinan dalam mengurus dan mengendalikan majlis dan program rasmi;

(iii) Mempunyai kemahiran teknologi maklumat yang baik dan berkebolehan menggunakan media sosial dengan berkesan;

(iv) Peka, sensitif dengan isu-isu semasa dan berkeupayaan untuk menganalisa dan menangani isu;

(v) Berupaya mewujudkan rangkaian komunikasi dalam dan luar negara; dan

(vi) Berkebolehan dalam penulisan laporan dan berita.

Kepada anda yang berminat dan mempunyai kelayakan yang dinyatakan adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan bagi melaksanakan fungsi dan tugasan berikut :
i. Merancang, mengurus dan mewujudkan perhubungan serta kerjasama dengan semua kementerian, agensi kerajaan/swasta, institusi pendidikan dan institusi penyelidikan yang lain.

ii. Merancang, menguruskan dan menyelaras promosi dan publisiti IYRES di media massa, media elektronik, media sosial , media atas talian dan lain-lain platform yang berkenaan.

iii. Menguruskan perhubungan awam dengan media dan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat secara berkesan dan bagi memenuhi ketetapan masa dan objektif IYRES secara keseluruhan;

iv. Menyampaikan maklumat berhubung dengan fakta dan situasi yang ada kaitan dengan IYRES;

v. Mengurus maklum balas berhubung isu-isu yang melibatkan imej IYRES dan perhubungan baik dengan pihak media;

vi. Bertindak sebagai pegawai penyelaras media dan perhubungan;

vii. Bertindak sebagai penyelaras Aduan Awam/Pelanggan; dan

viii. Bertanggungjawab terhadap protokol dalam Pengurusan Acara

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

a. Permohonan akan melalui tapisan terlebih dahulu. Hanya permohonan yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

b. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak IYRES selepas tiga (3) minggu dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

c. Pemohon yang dipanggil temuduga perlu membawa dokumen-dokumen asal dan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan yang telah dicetak untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat dengan :

a. Memuat turun borang permohonan (klik disini) .

b. Borang permohonan mesti diisi dengan lengkap dan dikepilkan bersama resume

c. Kemukakan permohonan secara terus ke alamat berikut :

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES),
Aras 10, Menara KBS,
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya

Tel : 03 – 8871 3254/3753/3705
Faks : 03 – 8871 3342

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari 31 Januari 2017 (Selasa)

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.