PELUANG PEKERJAAN
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mempelawa warganegara yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di IYRES.
1. JAWATAN DITAWARKAN
i) |
Jawatan |
: |
Perangkawan/ Pegawai Belia dan Sukan |
ii) |
Gred |
: |
S41 |
iii) |
Kumpulan Perkhidmatan |
: |
Pengurusan dan Profesional |
iv) |
Taraf Jawatan |
: |
Tetap |
2. JADUAL GAJI
Gaji Minimum |
Gaji Maksimum |
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan |
RM1,914.00 |
RM8,649.00 |
RM225.00 |
3. SYARAT LANTIKAN
Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
- Kelayakan Lantikan ke Gred S41 :
Kelayakan Masuk |
: |
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) |
Bidang/Kelayakan Khusus |
: |
Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang ekonomi atau statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya |
Gaji Permulaan |
: |
S41: P1 RM2,117.57 |
ATAU;
Kelayakan Masuk |
: |
Badan Profesional |
Bidang/Kelayakan Khusus |
: |
Associateship Institute of Statisticians, London atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan |
Gaji Permulaan |
: |
S41: P1 RM2,117.57 |
ATAU;
Kelayakan Masuk |
: |
Ijazah Sarjana |
Bidang/Kelayakan Khusus |
: |
ijazah sarjana dalam bidang ekonomi atau statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya |
Gaji Permulaan |
: |
S41: P1 RM2,526.41 |
DAN;
Syarat Lantikan Tambahan |
: |
Keutamaan diberi kepada calon mempunyai pengalaman membantu hal ehwal pengurusan data dan analisa data |
Syarat Bahasa Melayu |
: |
Lulus di peringkat SPM |
Kepada anda yang berminat dan mempunyai kelayakan yang dinyatakan adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan untuk melaksanakan tugasan seperti berikut :
- Membantu pengurusan dan pelaksanaan kajian/penyelidikan.
- Membantu mengumpul maklumat dan data berkaitan isu-isu pembangunan belia.
- Menjalinkan hubungan kerjasama dengan mana-mana agensi / institut / individu yang terlibat dalam bidang penyelidikan sains sosial.
CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
a. Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web IYRES di www.ippbm.gov.mydan memuat turun borang permohonan. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada urus setia di alamat :
PEGAWAI TADBIR,
UNIT PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA,
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia ( IYRES),
Aras 10, Menara KBS,
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya
Tel : 03 – 8871 3254/3753/3705
Faks : 03 – 8871 3342
b. Bagi pemohon yang ingin menghantar permohonan melalui e-mel, pemohon perlu menghantar borang yang lengkap diisi berserta 'resume' . Setiap permohonan melalui e-mel hendaklah dinyatakan "PERMOHONAN JAWATAN PERANGKAWAN/ PEGAWAI BELIA DAN SUKAN " pada bahagian subjek e-mel bagi memudahkan permohonan ditapis. Permohonan boleh dihantar ke alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
atau;
c. Hadir sendiri ke Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, IYRES seperti alamat dia atas
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
- Permohonan akan melalui tapisan terlebih dahulu. HANYA PERMOHONAN YANG DISENARAI PENDEK AKAN DIPANGGIL UNTUK TEMUDUGA.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak selepas satu bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan sebagai TIDAK BERJAYA.
- Pemohon yang dipanggil temu dugaperlu membawa dokumen-dokumen asal dan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan untuk diserahkan kepada urus setia temu duga.
- Tarikh tutup permohonan ialah pada hari AHAD, 30 November 2014