kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Perangkawan/ Pegawai Belia dan Sukan

FINALLOGO11022014x

PELUANG PEKERJAAN

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mempelawa warganegara yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di IYRES.

1.       JAWATAN DITAWARKAN

i)

Jawatan

:

Perangkawan/ Pegawai Belia dan Sukan

ii)

Gred

:

S41

iii)

Kumpulan Perkhidmatan

:

Pengurusan dan Profesional

iv)

Taraf Jawatan

:

Tetap

2.       JADUAL GAJI     

Gaji Minimum

Gaji Maksimum

Kadar

Kenaikan Gaji Tahunan

RM1,914.00

RM8,649.00

RM225.00

3.       SYARAT LANTIKAN

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 18 tahun pada  tarikh tutup iklan
  2. Kelayakan Lantikan ke Gred S41 :

Kelayakan Masuk      

:

Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)

Bidang/Kelayakan Khusus

:

Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang ekonomi atau statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

Gaji Permulaan             

:

S41: P1 RM2,117.57

ATAU;

Kelayakan Masuk      

:

Badan Profesional

Bidang/Kelayakan Khusus

:

Associateship Institute of Statisticians, London atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

Gaji Permulaan            

:

S41: P1 RM2,117.57

ATAU;

Kelayakan Masuk      

:

Ijazah Sarjana

Bidang/Kelayakan Khusus

:

ijazah sarjana dalam bidang ekonomi atau statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

Gaji Permulaan            

:

S41: P1 RM2,526.41

DAN;

Syarat Lantikan Tambahan

:

Keutamaan diberi kepada calon mempunyai pengalaman membantu hal ehwal pengurusan data dan analisa data

Syarat Bahasa Melayu       

:

Lulus di peringkat SPM

Kepada anda yang berminat dan mempunyai kelayakan yang dinyatakan  adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan untuk melaksanakan tugasan seperti berikut :

  1. Membantu  pengurusan dan pelaksanaan kajian/penyelidikan.
  2. Membantu mengumpul maklumat dan data berkaitan isu-isu pembangunan belia.
  3. Menjalinkan hubungan kerjasama dengan mana-mana agensi / institut / individu yang terlibat dalam bidang penyelidikan sains sosial.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

 

a.         Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web IYRES di www.ippbm.gov.mydan memuat turun borang permohonan. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada urus setia di alamat :

            PEGAWAI TADBIR,

            UNIT PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA,

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia ( IYRES),

Aras 10, Menara KBS,

No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62570 Putrajaya

Tel      : 03 – 8871 3254/3753/3705

Faks   : 03 – 8871 3342

b.         Bagi pemohon yang ingin menghantar permohonan melalui e-mel, pemohon perlu menghantar borang yang lengkap diisi berserta 'resume' . Setiap permohonan melalui e-mel hendaklah dinyatakan "PERMOHONAN JAWATAN PERANGKAWAN/ PEGAWAI BELIA DAN SUKAN " pada bahagian subjek e-mel bagi memudahkan permohonan ditapis. Permohonan boleh dihantar  ke alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

                   atau;

c.       Hadir sendiri ke Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, IYRES seperti alamat dia atas

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

  1. Permohonan akan melalui tapisan terlebih dahulu. HANYA PERMOHONAN YANG DISENARAI PENDEK AKAN DIPANGGIL UNTUK TEMUDUGA.
  2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak selepas satu bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan sebagai TIDAK BERJAYA.
  3. Pemohon yang dipanggil temu dugaperlu membawa dokumen-dokumen asal dan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan untuk diserahkan kepada urus setia temu duga.
  4. Tarikh tutup permohonan ialah pada hari  AHAD, 30 November  2014  

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.