JAWATAN DITAWARKAN
1) Pembantu Penyelidik
Gred : S27 (Contract For Service)
SYARAT LANTIKAN
a) Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
b) Kelayakan
(i) Kelayakan Masuk : Diploma
Syarat Lantikan Asas : Diploma
Bidang : Sains Sosial, Sains Sukan, Ekonomi dan Statistik
Gaji Permulaan: S27 : RM1,362.00
Dan;
(i) Syarat Bahasa Melayu : Lulus
Syarat sampingan
- Mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan sistem SPSS.
- Mempunyai pengalaman berkaitan penyelidikan.
- Mempunyai pengalaman membantu hal ehwal penyelidikan.
Kepada anda yang berminat dan mempunyai kelayakan yang dinyatakan adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan untuk melaksanakan tugasan seperti berikut :
i. Membantu pengurusan dan pelaksanaan kajian/penyelidikan.
ii. Membantu mengumpul maklumat dan data berkaitan isu-isu pembangunan belia.
iii. Menjalinkan hubungan kerjasama dengan mana-mana agensi / institut / individu yang terlibat dalam bidang penyelidikan sains sosial.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
- Permohonan akan melalui tapisan terlebih dahulu. Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak IYRES selepas tiga (3) minggu dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
- Pemohon yang dipanggil temudugaperlu membawa dokumen-dokumen asal dan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan yang telah dicetak untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.
CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
a. Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web IYRES di www.ippbm.gov.mydan memuat turun borang permohonan. Pemohon boleh menghantar borang yang lengkap diisi berserta ‘resume’ melalui e-mel ; atau
b. Permohonan secara terus melalui Unit Pentadbiran & Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, IYRES.
Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Jumaat, 28 Februari 2014.
Sila kemukakan permohonan kepada:
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES),
Aras 10, Menara KBS,
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya
Tel : 03 – 8871 3254/3753/3705
Faks : 03 – 8871 3342
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.