PELUANG PEKERJAAN
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mempelawa warganegara yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di IYRES.
1. JAWATAN DITAWARKAN
i) |
Jawatan |
: |
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat/ Penolong Pegawai Belia dan Sukan |
ii) |
Gred |
: |
S27 |
iii) |
Kumpulan Perkhidmatan |
: |
Pelaksana |
iv) |
Taraf Jawatan |
: |
Tetap |
2. JADUAL GAJI
Gaji Minimum |
Gaji Maksimum |
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan |
RM1,362.00 |
RM5,092.00 |
RM145.00 |
3. SYARAT LANTIKAN
Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
- Kelayakan Lantikan ke Gred S27 :
Kelayakan Masuk |
: |
Diploma |
Bidang/Kelayakan Khusus |
: |
Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya |
Gaji Permulaan |
: |
S27: P1 RM1,746.00 |
ATAU;
Kelayakan Masuk |
: |
Diploma |
Bidang/Kelayakan Khusus |
: |
diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya |
Gaji Permulaan |
: |
S27: P1 RM1,820.89 |
DAN;
Syarat Bahasa Melayu |
: |
Lulus di peringkat SPM |
Bidang Kelayakan Akademik |
: |
Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Elektronik (Komputer) |
Kepada anda yang berminat dan mempunyai kelayakan yang dinyatakan adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan untuk melaksanakan tugasan seperti berikut :
i. Bertanggungjawab dalam membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, mengembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, menyelenggara sistem dan memberi latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.
CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
a. Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web di www.ippbm.gov.my dan memuat turun borang permohonan. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada urus setia di alamat :
PEGAWAI TADBIR,
UNIT PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA,
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES),
Aras 10, Menara KBS,
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya
Tel : 03 – 8871 3254/3753/3705
Faks : 03 – 8871 3342
b. Bagi pemohon yang ingin menghantar permohonan melalui e-mel, pemohon perlu menghantar borang yang lengkap diisi berserta 'resume' . Setiap permohonan melalui e-mel hendaklah dinyatakan "PERMOHONAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT/ PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN" pada bahagian subjek e-mel bagi memudahkan permohonan ditapis. Permohonan boleh dihantar ke alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
atau;
c. Hadir sendiri ke Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, IYRES seperti alamat dia atas
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
- Permohonan akan melalui tapisan terlebih dahulu. HANYA PERMOHONAN YANG DISENARAI PENDEK AKAN DIPANGGIL UNTUK TEMUDUGA.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak selepas satu bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan sebagai TIDAK BERJAYA.Pemohon yang dipanggil temu dugaperlu membawa dokumen-dokumen asal dan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan untuk diserahkan kepada urus setia temu duga.
- Tarikh tutup permohonan ialah pada hari AHAD, 30 November 2014.